Tag Archives: teh Herbalife

Harga Teh Herbalife

Saya selalu menerima pertanyaan dari orang yang baru nak mula program dengan Herbalife mengenai Teh Herbalife. Ada ramai yang menyangkakan bahawa untuk menurunkan berat badan, cukup sekadar dengan mengambil Teamix Herbalife sahaja. Jadi, kebiasaannya mereka akan email saya untuk bertanyakan harga teh herbalife ini.

Teh Herbalife untuk Menurunkan Berat Badan

Apabila saya mula menyoal dan menyelidik keperluan mereka untuk mendapatkan harga teh herbalife, saya dapati yang mereka ingin mendapatkan produk ini dengan harapan ingin turun berat badan.

Ini adalah satu tanggapan yang tidak tepat. Hanya dengan mengambil Teh Herbalife sahaja, atau nama sebenarnya Teamix, seseorang itu tidak akan dapat turun berat tanpa mengambil pemakanan yang seimbang, cukup nutrisi dan mengawal kalori.

Khasiat Green Tea

Tidak dinafikan bahawa green tea ialah sejenis minuman yang sangat menyihatkan dan mengandungi pelbagai khasiat. Green tea telah digunakan di Negara China lebih daripada 4,000 tahun yang lalu sebagai ejen penyembuh yang mujarab. Pada masa kini, kebanyakan penyedidik kesihatan telah menyedari bahawa green tea merupakan minuman yang sangat berkhasiat bagi mengelakkan penyakit seperti kanser, tekanan darah tinggi, merendahkan paras kolestrol jenis LDL, salur darah tersumbat, serangan jantung dan stroke.

Kajian mendapati, green tea mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai EGCG (epigallocatechin gallate) yang mana boleh menghapuskan sel kanser, menyediakan perlidungan kepada mereka yang merokok daripada masalah jantung, dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular. EGCG juga akan meningkatkan metabolisme badan. Dengan minum 3 cawan green tea sahaja, boleh meningkatkan metabolisme badan sehingga 10 peratus.

Ketika saya melawat ke negara Jepun baru-baru ini rata-rata rakyatnya memang minum green tea sebagai minuman rasmi mereka. Rakyat Jepun memang terkenal sebagai golongan yang mementingkan kualiti dan kesihatan. Mereka juga sudah lama menyedari tentang khasiat green tea untuk kesihatan mereka.

Teamix Herbalife

Herbalife telah menyediakan sejenis produk yang dikenali sebagai Teamix, iaitu sejenis minuman teh hijau yang diperbuat daripada teh berkualiti tinggi.  Teamix Herbalife merupakan minuman yang sangat bagus dan berkhasiat bagi menggantikan minuman yang tidak sihat seperti air soda iaitu minuman bergas, alcohol, dan semua minuman berkalori tinggi yang lain. Minuman-minuman ini bukan sahaja dapat menjadikan kita rasa kembung dan berangin, penat dan juga memperlahankan pergerakan kita.

Teamix Herbalife sangat mudah disediakan. Hanya campurkan serbuk teh yang halus ke dalam air sejuk atau panas untuk hidangan yang sihat dan memuaskan. Teamix Herbalife di Malaysia boleh didapati dalam 2 perisa iaitu perisa Lemon Hibiscus atau Peach.

Oleh itu, jika anda hanya ingin mencari minuman yang lebih sihat sebagai pengganti minuman anda sedia ada yang tinggi caffeine, tinggi kalori dan tinggi gula, anda boleh email saya dan tanya saya harga teh Herbalife ini.

Tetapi, jika anda inginkan penyelesaian yang lebih baik untuk menurunkan berat badan, anda boleh email saya untuk maklumat lanjut. Saya boleh cadangkan produk Herbalife yang lebih sesuai untuk bantu anda turun berat badan dengan efektif.

Sila download ebook saya jika anda ingin tahu bagaimana saya berjaya turun berat badan dengan produk Herbalife.