Tag Archives: kulit cantik

Cantik dengan Herbalife: Memperkenalkan Herbalife SKIN

Cantik dengan Herbalife: Memperkenalkan Herbalife SKIN

Kepada yang masih belum tau apa itu Herbalife SKIN, anda boleh baca posting saya mengenai Kulit cantik dengan Herbalife. Seperti yang dituliskan, produk ni baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 21 Jun 2014. Sebagai salah seorang Pengedar Herbalife Malaysia , saya terus ambil peluang untuk membuat pre-order produk ini. Dan akhirnya, tarikh 27 Jun 2014 merupakan hari bersejarah dalam kehidupan saya untuk mengenali Herbalife SKIN dengan lebih dekat. Bak orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dan dari mata turun ke hati. Dalam kisah Herbalife SKIN ni memang betul-betul macam kisah jatuh cinta pandang pertama. Malah, belum pandang, cium bau pun dah terus jatuh cinta. Kenapa? Nanti saya ceritakan. Ini kisah yang berlaku semalam, bagaimana saya dapat memegang Set Ultimate Herbalife SKIN saya untuk kali pertama. Saya dengan perasaan tak sabarnya sanggup datang dari Kuantan ke Kuala Terengganu, semata-mata untuk dapatkan produk SKIN ni. Ini kerana untuk Herbalife Pantai Timur, kami yang telah layak mendapat Bengkel Kecantikan percuma dengan pembelian SKIN, dikehendaki untuk datang ke Terengganu ini untuk menyertai perlancaran produk di daerah Pantai Timur. Nak tahu lebih lanjut mengenai apa itu Herbalife SKIN? Hubungi saya melalui email atau whatsapp sekarang!

Testimoni cantik dengan Herbalife SKIN

Sebelum kami menerima produk, sebagai salah seorang ahli Comittee Herbalife Kuantan, saya berpeluang masuk ke sesi latihan lebih terperinci yang dibawakan oleh seorang Testimoni Herbalife SKIN yang sangat dikagumi iaitu Puan Hajjah Kamilah Jusoh. Beliau telah menggunakan produk ini sejak bulan Mac 2014 lagi. Beliau telah bercerita mengenai kehebatan produk ini berbanding dengn produk lain di luar, dan pengalaman beliau sendiri, memang membuatkan saya rasa tak sabar untuk terus menggunakannya dan menjadi cantik dengan Herbalife SKIN seperti beliau. Inilah gambar testimoni produk Herbalife SKIN oleh Puan Hajjah Kamilah yang sangat luarbiasa. Produk ini merupakan produk penjagaan muka yang telah diuji oleh ahli dermatology (dermatology tested). Produk SKIN juga merupakan produk bebas paraben dan sulfat. Dan produk ini telah dibuktikan oleh sains bahawa boleh memberikan hasil dalam masa 7 HARI!

cantik dengan herbalife

*Testimoni produk adalah berbeza. Hasil individu mungkin berbeza.

Bagi saya, Puan Hajjah Kamilah merupakan orang paling layak memberikan testimoni Herbalife ini kerana sebelum Herbalife beliau merupakan seorang peniaga yang sangat berjaya dalam pelbagai bisnes, termasuk menguruskan Spa yang sangat berjaya. Spa kepunyaan beliau pernah sampai masuk dalam TV3. Beliau sendiri telah mencuba macam-macam produk untuk mendapat kulit yang lebih cantik, hinggakan pernah membeli serum yang berharga lebih RM6000 sebotol! Tapi katanya, memang tiada yang dapat menandingi perasaan ketika menggunakan produk ini, dan hasil yang diberikan oleh produk Herbalife SKIN ini. Selain tu, bila kita memakai SKIN di rumah sendiri, seolah-olah kita sedang mendapatkan rawatan facial dengan harga RM500 ke atas! Nak tau kenapa?Hubungi saya dan saya akan ceritakan mengapa produk Herbalife SKIN ini dapat memberikan rasa ‘mewah’ kepada kulit kita. Mendengar mengenai pengalaman beliau, dan belajar lebih detail mengenai apa Herbalife SKIN sebenarnya, memang betul- betul mengujakan! Saya pun tak sabar nak dapat keputusan untuk diri sendiri.

Belajar cara cantik dengan Herbalife menggunakan SKIN

Apabila bermulanya bengkel cantik dengan Herbalife SKIN, kami telah menerima set SKIN kami yang pertama! Saya berpeluang untuk belajar cara menggunakan setiap produk skin dengan betul kerana hanya dengan aturan yang betul, dan pemakaian mengikut kuantiti yang betul akan dapat memberikan result dalam 7 hari! Malah ada beberapa produk yang dapat memberikan result dalam masa selepas sekali sahaja pemakaiannya. Nak tau yang mana? Terus emailkan pertanyaan anda ke aziera[at]azierayazid.com, atau SMS/ WhatsApp ke nombor 017-9360797 (Maxis) atau 019-2208901 (Celcom). Semasa dalam Bengkel Kecantikan ini, saya telah belajar menggunakan semua produk yang ada dalam set Herbalife SKIN dan saya sudah faham bagaimana penggunaan yang betul setiap produk untuk mendapatkan kesan cantik dengan Herbalife dalam masa 7 hari! Ketika dalam bengkel, setiap peserta dikehendaki membuat facial separuh muka untuk melihat perbezaan yang ada antara kulit muka yang sudah menggunakan SKIN dan yang sebelumnya. Inilah  gambar perbandingan muka saya sebelum dan selepas menggunakan Herbalife SKIN buat kali yang pertama!

HERBALIFE-SKIN-WORKSHOP

Sebelum(kiri) dan selepas(kanan) SKIN

Saya hanya menggunakan produk Herbalife SKIN disebelah kanan muka saya, iaitu di sebelah kanan pada bahagian gambar muka di atas. Dapat lihat tak kesan dan perbezaan antara bahagian sebelum dan selepas? Apa yang saya dapat rasakan pada pertama kali menggunakan produk ini ialah, memang baunya sangat wangi dan menyegarkan. Produknya juga didatangkan dalam bekas yang sangat menarik dan memudahkan penggunaan. Inilah kenapa saya katakan memang jatuh cinta pandang pertama dengan produk ini! Kesan yang saya alami sebaik sahaja selepas facial ialah rasa kulit yang lembut dan terasa tegang. Beza antara bahagian kiri dan kanan ialah, pipi bahagian kanan naik lebih tinggi daripada sebelumnya. Saya juga perasan sehingga ke hari ini, sehari selepas penggunaan, garis halus sebelah kanan memang berbeza daripada yang di sebelah kiri. Maksudnya garis halus telah berkurang sedikit dari sebelumnya. Lihat pada kotak yang saya tandakan dalam gambar di bawah. Di dalam cermin, inilah kawasan muka yang saya dapat lihat perbezaan bahagian kanan dengan SKIN dan bahagian kiri tanpa SKIN.

HERBALIFE-SKIN-beza

Abaikan mata saya yang juling itu T_T

Cukuplah dulu rasanya saya bercerita mengenai pengalaman saya untuk cantik dengan Herbalife, iaitu dengan menggunakan produk Herbalife SKIN. Untuk ketahui kisah saya seterusnya dengan produk SKIN ini, boleh baca post saya selanjutnya, bermula dengan Kulit Cantik dengan Herbalife  SKIN: Satu perjalanan. Jika anda sudah tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Herbalife SKIN, dan ingin mendapatkan produk ini, sila isikan maklumat anda pada ruangan di bawah:-