Tag Archives: kebaikan herbalife

Kebaikan Herbalife untuk seorang ibu

Kebaikan Herbalife untuk seorang ibu

Produk Herbalife mempunyai banyak kebaikan, sama ada dari segi kesihatan ataupun pengurusan berat badan. Akan tetapi, bagaimana sebenarnya kebaikan Herbalife dapat membantu seorang wanita yang bergelar ibu seperti saya?

kebaikan-herbalife=ibu

Kebaikan Herbalife #1 : Membantu menurunkan berat badan

Seorang ibu yang melahirkan anak akan menghadapi masalah untuk menurunkan berat badan dan memperolehi bentuk badan asal. Dengan menggunakan produk Herbalife, seorang ibu boleh turunkan berat hanya dengan menggantikan sarapan dan makan malam dengan shake Herbalife. Shake yang rendah kalori dan penuh nutrisi ini sangat mudah disediakan dan mempunyai perisa yang sedap, dan sangat membantu seorang ibu yang sibuk untuk menurunkan berat badan.

Ketahui bagaimana saya turunkan berat walaupun sibuk

Kebaikan Herbalife #2: Memberikan tenaga

Dengan mengubah sarapan pagi kepada jenis yang seimbang berasaskan protein seperti shake Herbalife, seseorang akan mendapati bahawa badan akan lebih bertenaga sehingga waktu makan berikutnya. Ini berbeza sekali dengan pengambilan sarapan biasa seperti nasi dan mee, iaitu jenis berkarbohidrat tinggi yang akan meningkatkan kandungan gula dalam darah selepas dimakan. Insulin akan menukarkan gula yang masuk ini kepada lemak, dan menyebabkan paras gula menurun dari paras normal. Akibatnya badan cepat terasa letih dan cepat lapar.

Seorang ibu sangat memerlukan tenaga yang berpanjangan bagi menguruskan keluarga dan kerja-kerja seharian. Selain daripada mengambil shake Herbalife sebagai sarapan, Herbalife juga mempunyai produk NRG  Tea, iaitu teh herbalife khas untuk membantu menambahkan tenaga dan meningkatkan fokus kepada sesiapa yang kurang tenaga. [produk NRG Tea sudah ditamatkan stok pengedaran di Malaysia]

Kebaikan Herbalife # 3: Membekalkan khasiat penting dan nutrisi yang cukup untuk badan

Seorang ibu biasanya sangat sibuk dan selalu mengabaikan pengambilan makanan sihat untuk diri sendiri. Kadang kala nak makan pun tak sempat!

Oleh itu dengan mengambil shake Herbalife sekurang-kurangnya sekali sahaja sehari, seseorang itu sudah pun membekalkan nutrisi penting kepada badannya untuk jadi lebih sihat. Ini sangat menyenangkan berbanding jika ibu terpaksa pergi membeli dan menyediakan hidangan sayur dan buah atau lain-lain makanan yang cukup nutrisi untuk dimakan.

Kebaikan Herbalife #4: Selamat sepanjang masa

Pernahkah anda alami pengalaman, setiap kali membeli sesuatu produk untuk diminum atau dimakan, anda akan memeriksa sama ada produk itu boleh diambil sewaktu mengandung dan menyusukan anak? Ataupun, adakah produk tersebut boleh diambil bagi seorang wanita yang sedang mengalami menstruasi (haid)? Dengan produk Herbalife, anda tidak perlu risau dengan semua perkara ini. Saya menggunakan produk Herbalife sepanjang saya mengandung, berpantang dan menyusukan anak. Alhamdulillah produk ini memang selamat diminum oleh sesiapa sahaja. Anda juga boleh berikan anak-anak dan ahli keluarga yang lain supaya turut sama mendapat kebaikan Herbalife ini.

Hubungi saya jika anda ingin rasa sendiri kebaikan Herbalife sekarang!

Secara ringkasnya, produk Herbalife merupakan makanan yang sihat untuk semua lebih-lebih lagi untuk kaum ibu yang sibuk dan mempunyai banyak tanggungjawab. Kesihatan merupakan satu ciri penting yang perlu ada dan patut dijaga oleh semua kaum ibu. Kesihatan seseorang tidak boleh ditukar atau digantikan dengan wang ringgit. Apabila kehilangan kesihatan, atau kesihatan merosot, ini akan mengganggu tugas-tugas kita dan menghalang kita daripada menyelesaikan tugasan yang sepatutnya dilakukan.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua kaum ibu untuk mula menjaga kesihatan anda sekarang. Ayuh mulakan program kesihatan anda dengan produk Herbalife sekarang!

 

SMS/Whatsapp 017 936 0797 || Email aziera[at]azierayazid.com