Category Archives: Tips Diet

Menurunkan berat badan: Pilihan sendiri atau orang lain?

Ramai yang menghubungi saya bagi mendapatkan produk Herbalife untuk menurunkan berat badan. Bila ditanya, kenapa meraka ingin menurunkan berat badan, ada banyak sebab yang telah diberikan.

Menurunkan berat badan – Mengapa?

Ada yang ingin menurunkan berat badan kerana ingin jadi lebih sihat.

Ada yang ingin menurunkan berat badan kerana ingin nampak lebih menarik dan cantik.

Ada yang ingin menurunkan berat badan kerana berat sekarang menghalang mereka daripada melakukan aktiviti yang disukai.

Ada juga ingin menurunkan berat badan untuk kelihatan lebih muda?

Tetapi juga, ada yang terpaksa menurunkan berat badan kerana terpaksa, mungkin atas arahan doktor atau faktor kesihatan.

Dalam melakukan sesuatu perkara, sebagai manusia, kita akan hanya melakukannya atas sebab-sebab tertentu sahaja, sama ada untuk kepentingan sendiri atau orang lain. Setiap perbuatan kita pasti ada niat disebaliknya.

Sama juga seperti proses menurunkan berat badan. Tiada orang yang sengaja ingin menurunkan berat badan tanpa sebab. Tidak ada orang sanggup mengubah cara pemakanan mereka jika tidak perlu, atau tanpa kesedaran kenapa mereka perlu melakukannya. Apa yang pasti, apabila mereka yang menghubungi saya untuk mendapatkan produk Herbalife untuk membantu mereka menurunkan berat badan, mereka faham bahawa dengan produk Herbalife, mereka akan dapat menurunkan berat badan dengan selamat, berkesan, dan kos yang berpatutan. Mereka sudah memilih cara terbaik untuk menurunkan berat badan, kerana Herbalife memang sesuai untuk semua.

Oleh kerana produk Herbalife ini sangat bagus, setiap orang yang memlilih program menurunkan berat badan dengan Herbalife dan mengikut aturan yang betul cara penggunaan produk, kesan penurunan berat badan akan didapati dalam masa yang singkat sahaja. Hanya dalam tempoh antara sebulan hingga tiga bulan, mereka yang menggunakannya dengan betul akan berjaya menurunkan berat badan dengan efektif. Hasilnya, mereka dapat menukarkan diri mereka dan mengalami transformasi diri yang tidak disangkakan.

Kejayaan dalam menurunkan berat badan akan memberikan banyak kesan kepada diri sendiri, pasangan dan juga orang sekeliling kita. Dengan hanya menurunkan sedikit sahaja berat badan, hasilnya akan dapat dilihat oleh orang lain di sekeliling kita. Ini akan menimbulkan pelbagai reaksi oleh orang sekeliling kita.

Bagi orang yang positif, mereka memuji kita apabila kita berjaya menurunkan berat badan.

Ada juga yang sengaja buat tidak tahu bila melihat kita berjaya menurunkan berat badan, walaupun dalam hati mereka rasa iri hati atau tertanya-tanya bagaimana kita dapat menurunkan berat badan dengan baik sekali.

Ada juga yang memberikan komen negatif dengan mempersendakan kita setelah berjaya menurunkan berat badan dengan banyak, mungkin juga mengatakan yang berat badan kita tidak akan kekal lama dan akan naik semula.

Ramai yang mengadu dengan saya, dengan menyatakan bahawa orang-orang di sekeliling mereka mula mengatakan yang mereka nampak cengkunglah, kurang menariklah kalau terlalu kurus, dan macam-macam komen lagi yang sebenarnya hanya bertujuan untuk melemahkan semangat mereka dalam menurunkan berat badan, dan secara tidak langsung menjadi penghalang kepada kita dalam mencapai impian untuk mendapat berat badan ideal.

Cabaran paling besar ialah untuk mereka yang mempunyai pasangan, di mana pasangan sendiri akan memberikan komen seperti, “Tak perlu kurus sangat” atau “ Berat macam ini pun dah ok”, dan macam-macam komen lagi yang membuatkan seseorang itu akan rasa selesa dan mula melupakan objektif untuk terus menurunkan berat badan sehingga mendapat berat ideal.

Menurunkan berat badan - MotivasiKesimpulannya, apa sahaja yang kita buat sebenarnya tidak akan mendapat reaksi yang sama daripada semua orang. Saya selalu mengingatkan mereka yang mengikuti program menurunkan berat badan dengan saya, supaya teruskan usaha untuk menurunkan berat badan untuk kepentingan diri sendiri dan bukan orang lain. Sebagai manusia, kita mesti selalu ingatkan diri kita tentang kenapa kita ingin menurunkan berat badan dan apakah berat badan ideal yang perlu dicapai. Dengan cara ini akan mendorong kita untuk terus berusaha mencapat berat badan ideal itu. Hanya kita sendiri yang sedar mengapa kita perlu menurunkan berat badan.

Orang lain tidak tahu susah payah kita dengan berat badan yang berlebihan. Mereka tidak faham bila kita rasa kurang yakin dengan diri sendiri dan tertekan akibat masalah berat badan dan juga rupa paras yang kurang menarik. Mereka tidak akan tahu betapa susahnya kita ingin mencari saiz baju yang sesuai untuk diri kita ketika berada dalam berat badan yang berlebihan.

Jadi, jika anda sedang dalam program menurunkan berat badan dan merasa sedikit kurang bersemangat akibat faktor orang di sekeliling anda, anda harus sedar dan sentiasa ingatkan diri sendiri dengan matlamat anda. Gunakan Coach Herbalife anda sepenuhnya untuk mendapatkan dorongan, sokongan dan motivasi yang diperlukan.

Jika anda seorang yang masih lagi mencari-cari sebab dan alas an untuk anda menurunkan berat badan, dana cara paling berkedan untuk menurunkan berat badan anda boleh hubungi saya untuk nasihat percuma. Kenali saya lebih lanjut kenapa anda perlukan saya sebagai Coach Herbalife anda untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan selamat dan efektif menggunakan produk Herbalife.