Category Archives: Pengedar Herbalife

Pakej Herbalife mana yang sesuai?

Panduan pilihan pakej herbalife  yang sesuai

Kepada seseorang yang baru ingin memulakan program dengan produk Herbalife tentulah tertanya-tanya, apakah pakej Herbalife yang sesuai untuk mereka. Bagi mereka yang ingin memilih untuk mendapat kesan Herbalife dalam masa paling singkat, mereka boleh pilih untuk ambil pakej yang paling maksimum. Bagi sesiapa yang mempunyai kekangan bajet, anda masih berpeluang mendapat hasil dengan produk Herbalife, jika anda tahu pakej Herbalife mana yang sesuai.

pakej-herbalife

Ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu mengenai pakej Herbalife

Panduan Pakej Herbalife #1 :Ketahui produk yang sesuai untuk anda dapat hasil yang diinginkan

Ini merupakan langkah paling penting pada peringkat permulaan anda ingin menggunakan produk Herbalife. Ini adalah kerana, keperluan setiap orang adalah berbeza mengikut tahap kesihatan dan hasil yang diinginkan.

Jika anda hanya ingin sihat dengan Herbalife, mungkin dengan mengambil shake Herbalife sebagai sarapan sahaja sudah mencukupi. Jika anda ingin naikkan berat badan, keperluan produk mungkin tidak sama untuk mereka yang ingin turunkan berat badan dengan Herbalife.

Keperluan produk juga berbeza jika anda seorang yang sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan, berbanding dengan seseorang yang mempunyai masalah seperti tekanan darah, gula dalam darah, gastrik, migrain dan lain-lain lagi.

Oleh itu, adalah penting pada peringkat permulaan, supaya anda dapatkan analisa kesihatan daripada Coach Herbalife yang anda pilih untuk dapatkan senarai produk yang sesuai untuk anda.

->> Dapatkan analisa kesihatan secara percuma dan ketahui produk yang sesuai untuk anda.

Panduan Pakej Herbalife #2: Pilih produk mengikut kemampuan bajet.

Apabila anda sudah tahu senarai produk yang sesuai dengan hasil yang diinginkan, anda boleh buat pilihan untuk beli produk Herbalife mengikut senarai yang dicadangkan, ataupun pilih mengikut kemampuan bajet anda. Pilihan terletak di tangan anda sama ada ingin pilih produk yang paling ‘basic’ atau pilih semua produk yang boleh beri kesan paling berkesan mengikut program yang anda pilih.

Walaupun dengan produk ‘basic’ Herbalife, anda akan dapat alami kesan dan perbezaan sekiranya anda betul-betul mengikuti panduan yang diberikan oleh Coach Herbalife anda. Cuma bezanya jika anda pilih untuk ambil semua produk yang dicadangkan ialah dari segi jangkamasa keberkesanan produk. Apabila anda pilih untuk tambahkan dengan suplemen yang akan mempercepatkan hasil seperti teh Herbalife yang menaikkan metabolisme lebih cepat, atau Aloe vera Herbalife yang membantu penyerapan nutrisi lebih baik, sudah tentulah hasilnya berbeza dengan jika anda pilih untuk ambil shake Herbalife sahaja.

->> Hubungi saya jika anda ingin dapatkan pakej Herbalife yang sesuai dengan keperluan anda.

Panduan Pakej Herbalife #3:Pilihan pakej mengikut jangkamasa penggunaan produk

Apabila anda memulakan program dengan Herbalife, anda boleh pilih untuk mencuba 1 set produk Herbalife dulu hanya untuk merasai kesan penggunaan produk ini. Walau bagaimanapun, untuk mendapat kesan yang ketara, penggunaan 1 botol/set produk sahaja masih belum mencukupi. Anda perlu sekurang-kurangnya sebulan untuk alami perubahan dari segi kesihatan dan berat badan.

Jika anda bersungguh –sungguh ingin mendapat kesan yang lebih baik, anda boleh pilih untuk ambil pakej produk untuk sebulan, dengan syarat anda yakin yang anda akan menggunakan produk ini dengan konsisten dan disiplin bagi mendapat kesan terbaik dengan pakej yang dipilih.

Panduan Pakej Herbalife #4: Pilihan pakej untuk dapat lebih keuntungan

Oleh kerana seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan untuk mendapat perubahan secara keseluruhan, bagi mereka yang berkemampuan, boleh pilih pakej untuk mendapat produk secara borong, dengan harga yang lebih rendah. Dengan pembelian secara borong, anda boleh mendapat diskaun yang lebih besar ketika membeli produk Herbalife. Pilihan produk untuk pembelian borong ini juga boleh bebas mengikut keperluan dan pilihan masing-masing. Hubungi saya untuk ketahui apa itu pembelian secara borong.

Pakej ini sebenarnya sangat menjimatkan bagi mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk sihat dengan Herbalife, atau bagi mereka yag perlu turunkan berat badan dalam angka yang lebih besar melebihi daripada 10kg ke atas. Akan tetapi, komitmen yang tinggi adalah penting bagi anda mengikuti program ini untuk menggunakan produk yang telah dibeli secara borong supaya tidak dibazirkan begitu sahaja. Berbincanglah dengan Coach Herbalife anda untuk ketahui berapa banyak penjimatan anda boleh dapat dengan pembelian borong.

Secara ringkasnya, pilihan pakej Herbalife adalah terpulang kepada anda. Pastikan anda mendapat bantu Coach Herbalife yang berpengalaman untuk pilih pakej mana yang paling sesuai untuk anda.

P.S. Hubungi saya jika ingin dapatkan pakej Herbalife yang sesuai untuk anda.