Category Archives: Makanan

Macam mana nak kurus cepat

macam_mana_nak_kurus_cepat

Macam mana nak kurus cepat

Ramai orang ingin jadi kurus atau turunkan berat badan. Kerana itu mereka selalu cuba mencari cara paling cepat untuk turunkan berat badan. Jika ada yang bertanya kepada saya macam mana nak kurus cepat, saya tidak ada jawapannya, tetapi saya tahu cara untuk kurus dengan sihat, iaitu dengan menggunakan produk Herbalife

Macam mana nak kurus cepat dengan produk Herbalife?

Ramai yang sedar tentang kepentingan kurus secara sihat dan mengambil keputusan untuk mengambil produk Herbalife bagi membantu mereka. Tetapi mereka masih bertanyakan kepada saya macam mana nak kurus cepat di awal pengambilan produk Herbalife.

Sebenarnya, dalam program diet apa pun, memang ramai yang mengharapkan mereka mendapat result yang cepat ketika menurunkan berat badan. Tidak dinafikan bahawa penurunan yang cepat memberikan lebih motivasi kepada seseorang individu untuk kekal dalam sesuatu program diet yang dipilih.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk dapat turun berat badan dengan cepat. Biasanya pilihan kaedah turun berat secara cepat adalah jenis kurang sihat. Contohnya jika berlapar selama beberapa hari, sudah tentu berat akan turun, Tetapi ini akan memberikan kesan tidak baik, seperti merendahkan kadar metabolisme dan menurunkan nutrisi dalam badan. Perbuatan ini akan memberikan kesan tidak baik selepas itu, seperti berat badan naik lebih banyak daripada sebelumnya.

Selain daripada itu, program penurunan berat badan yang sangat ‘strict’ adalah susah untuk dikekalkan. Sebagai contohnya, jika seseorang jenis yang suka makan nasi. Apabila dia mengikuti program yang menyebabkan tidak boleh mengambil nasi langsung, mungkin dia hanya dapat bertahan untuk seketika sahaja. Apatah lagi dalam budaya Malaysia ini, bukan mudah untuk kita meninggalkan menu ‘nasi’ dalam kehidupan seharian kita.

Jadi, macam mana nak kurus cepat bukan persoalannya. Yang penting ialah macam mana kita nak turun berat badan secara sihat dan dapat mengekalkannya.

Produk Herbalife dapat menurunkan berat badan secara sihat, dan dalam masa yang sama memberikan kesihatan yang baik kepada kita. Apa yang penting ialah, sesiapa yang ingin menggunakan produk Herbalife mesti mempunyai produk yang sesuai dengan keperluan masing-masing, dan mempunyai seorang Coach untuk membantu mereka mendapat panduan menggunakan produk dengan cara yang betul. Dengan produk dan coaching yang betul, serta komitmen dan usaha bersungguh-sungguh, seseorang itu akan dapat turunkan berat dan mengekalkannya.

Tips macam mana nak kurus lebih cepat

Sebagai seorang Coach Herbalife, apabila ada Coachee yang bertanyakan kepada saya ‘Macam mana nak kurus cepat dengan produk Herbalife’, saya akan memberikan beberapa tips kepada mereka. Antara tips yang paling penting ketika memulakan sesuatu program menurunkan berat badan ialah dengan membuat persediaan yang secukupnya dari segi pemikiran, tubuh badan dan tempat tinggal.

Pemikiran kita harus bersedia untuk berubah. Kita perlu kenalpasti sebab mengapa kita ingin menurunkan berat badan. Dengan mempunyai sebab yang kukuh, ini dapat memberikan motivasi yang kuat untuk kita kekal dengan aturan pemakanan sihat yang ingin kita laksanakan. Cara paling mudah ialah dengan menulis alasan kenapa kita mahu kurus, dan untuk melihatnya setiap hari. Dengan cara ini kita dapat mengingati setiap hari result yang kita inginkan, dan mengekalkan motivasi kita sendiri.

Dari segi tubuh badan kita juga, kita harus bersedia. Kita perlukan tenaga yang mencukupi walaupun sedang mengikuti program menurunkan berat badan. Dengan tenaga ini kita akan mempunyai tenaga untuk melakukan senaman ringan bagi mendapat kesan penurunan lebih efektif.

Elakkan menyimpan stok makanan kurang sihat atau ‘junk food’ di dalam rumah. Sebaik sahaja kita ambil keputusan untuk memulakan diet, seeloknya makanan tidak sihat dihapuskan dari dalam rumah dan menggantikannya dengan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat seperti buah-buahan atau sayuran segar. Dengan ini, apabila kita terasa lapar atau ‘craving’ untuk mengunyah, kita hanya mempunyai pilihan makanan sihat sahaja di dalam rumah.

Selain itu juga, seseorang boleh mengambil shake Herbalife bila-bila masa sahaja terasa lapar.

Pilihan menu juga adalah penting. Ada orang boleh ambil menu yang sama setiap hari, tetapi ada orang cepat terasa jemu. Seeloknya buat perancangan menu untuk seminggu beserta dengan kalori makanan. Dengan ini, anda akan dapat membuat pilihan lebih bijak dan tepat dan dapat mengawal pengambilan kalori.

Kesimpulannya, ada banyak cara untuk turun berat badan. Macam mana nak kurus cepat bergantung kepada usaha dan disiplin kita dalam pemilihan dan aturan pemakanan.

Jika anda ingin mendapatkan nasihat bagi pengambilan shake Herbalife untuk menurunkan berat badan, boleh hubungi saya melalui email aziera@azierayazid.com atau SMS ke 017-9360797. Saya bersedia menjadi Coach Herbalife anda.