Category Archives: Kesihatan

Pantang dalam Herbalife diet

Herbalife diet: Apa yang saya boleh dan tidak boleh makan?

 

herbalife-diet

Saya selalu menerima email dan SMS bertanya apakah pantang ataupun makanan dan minuman yang tidak boleh diambil oleh seseorang yang sedang menjalani Herbalife diet.

Saya faham, bagi seseorang yang baru ingin memulakan program menurunkan berat badan, mereka selalu berasa risau dan takut jika terpaksa meninggalkan makanan kegemaran mereka. Selain daripada itu, mereka juga ingin memastikan yang mereka dapat betul-betul mengikuti menu dan aturan yang disediakan oleh produk kuruskan badan tersebut.

Semasa saya mula-mula mengikut program turunkan berat badan dengan Herbalife, saya juga risau jika saya tersalah memilih makanan dan minuman. Untunglah saya ada seorang Coach yang penyabar dan dedikasi membantu saya setiap hari. Saya sering bertanyakan soalan-soalan mengenai makanan, minuman , nutrisi dan kalori kepada Coach Herbalife saya. Saya ingin betul-betul faham bagaimana produk ini mampu membantu saya menurunkan berat badan secara sihat. Syukurlah saya mempunyai seorang Coach yang sabar dan betul-betul ikhlas membantu saya untuk mencapai berat yang saya inginkan.

Lantik saya sebagai Coach untuk memulakan program turunkan berat badan anda sekarang

Selepas lebih 4 tahun saya menggunakan produk Herbalife ini, berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya baca dan pelajari daripada latihan yang dijalankan oleh syarikat Herbalife, saya sudah betul-betul faham mengenai bagaimana produk ini boleh membantu seseorang menjadi lebih sihat dan menurunkan berat badan. Oleh itu, saya ingin berkongsi beberapa persoalan untuk seorang yang baru ingin mencuba Herbalife diet ini supaya mereka faham serba sedikit menu yang mereka perlu ikuti untuk turunkan berat badan.

Persoalan mengenai Herbalife diet

Herbalife diet: Boleh makan nasi ke?

Boleh. Anda tidak perlu meninggalkan nasi atau sebarang jenis karbohidrat semasa mengikuti program turunkan berat badan dengan diet Herbalife. Anda boleh baca bagaimana saya menurunkan berat badan tanpa meninggalkan nasi.

Saya faham, nasi ialah makanan ruji kita setiap hari. Kalau daripada kecil kita sudah dibiasakan makan nasi setiap hari, mengapa pula kita perlu tinggalkan nasi semata-mata untuk turunkan berat badan? Bila badan dah turun, bolehkah kita makan nasi semula?

Bagi seseorang yang ingin turunkan berat badan, tentulah dia ingin dapat menikmati makanan yang biasa dia ambil, tetapi perlulah makan mengikut kuantiti yang sepatutnya. Tidak salah untuk makan nasi sekurang-kurangnya sekali sehari tetapi biarlah dalam kuantiti yang sederhana. Kadar pengambilan yang dicadangkan ialah suku pinggan untuk satu hidangan. Lebih baik lagi kalau kita boleh gantikan nasi putih biasa dengan beras perang yang mempunyai karbohidrat senang hadam dan rendah gula.

Herbalife diet : Boleh makan buah pisang dan durian?

Mengambil buah-buahan sebagai snek antara waktu makan adalah satu perbuatan yang digalakkan. Buah mengandungi gula semulajadi tetapi juga mengandungi jumlah kalori berbeza mengikut setiap jenis buah. Tidak salah mengambil buah pisang atau durian, tetapi dalam kuantiti yang sepatutnya sahaja.

Konsep yang penting untuk menurunkan berat ialah supaya mengambil makanan berdasarkan kalori yang cukup sahaja. Setiap orang memerlukan jumlah kalori berbeza-beza. Buah durian mempunyai kalori yang paling tinggi berbanding buah-buah yang lain. Kandungan gula dalam durian dan pisang juga tinggi dan kurang sesuai bagi mereka yang mempunyai diabetes. Walaupun begitu buah-buahan ini mempunyai banyak nutrisi seperti potassium, fiber, dan beberapa vitamin penting untuk kesihatan.

Oleh itu tiada masalah untuk makan buah-buahan ini ketika dalam Herbalife diet, yang penting ialah kesederhanaan dan fahami kesihatan diri masing-masing.

Dapatkan analisa kesihatan ringkas untuk bantu anda jadi lebih sihat dan turun berat badan dengan Herbalife

Herbalife diet : Perlu ke minum air banyak sampai 6-8Liter?

Saya tidak nafikan memang ada orang yang mengikuti Herbalife diet yang minum dengan banyak hingga mencecah sampai 8L sehari. Tetapi ini tidak bermakna yang semua orang harus melakukannya. Saya sendiri minum antara 4-6L sehari sekarang ini. Tapi salah satu faktor ialah kerana saya sedang menyusukan bayi sepenuhnya dan perlukan air yang banyak untuk kualiti susu yang baik.

Saya dahulu pun susah nak minum air. 1L pun tak tentu setiap hari. Tetapi bila saya mengambil produk Herbalife, saya mula meningkatkan pengambilan air kepada 2L sehari. Kemudian bila dah biasa, barulah saya ambil antara 3-4L sehari. Ini juga bagi memastikan badan kita tidak terlalu terperanjat jika daripada kurang air tiba-tiba terus ambil 6L sehari, kan?

Apa yang kita kena faham ialah badan kita terdiri daripada 75% air. Oleh itu secara kasarnya, memang kita perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya 2L sehari untuk kekal sihat. Minum 3-4L air sehari untuk mengekalkan metabolisme badan dan membantu turunkan berat badan dengan lebih baik.

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat mengurangkan serba sedikit persoalan anda mengenai Herbalife diet, bagi mereka yang baru terfikir untuk mencuba program turunkan berat badan dengan Herbalife.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk ini.

SMS/Whatsapp 017 936 0797 || Email aziera[at]azierayazid.com