Category Archives: Kehidupan

Pengedar Herbalife Kuantan: Kisah Saya

Cerita tentang Kuantan

Kuantan bukan sahaja terkenal dengan bandar yang dekat dengan pantai yang cantik, tetapi juga dengan makanan-makanan yang sedap dan murah. Di Kuantan, sangat mudah untuk mendapat bekalan hasil laut yang segar dan dengan harga yang murah.

Menu makanan di Kuantan adalah pelbagai seperti nasi kerabu, nasi dagang, ikan celup tepung, keropok lekor, keropok sagu, satar, otak-otak dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, kebanyakan orang luar yang datang ke sini memang kerana kepelbagaian pilihan makanan ini. Bagi orang yang memang tinggal di Kuantan, memang satu cabaran besar untuk mengawal selera makan.

Saya bukanlah orang Kuantan dan juga tidak dilahirkan di negeri Pahang. Saya menetap di sini kerana mengikut suami yang memang berasal dari negeri Pahang, dan memang bercita-cita mahu menghabiskan usianya di negeri ini. Bagi saya, ini bukanlah satu masalah kerana saya juga sukakan negeri ini. Walaupun selama 28 tahun dibesarkan di Kuala Lumpur, bandar Kuantan lebih sesuai dengan jiwa saya. Saya tahu bahawa bandar ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk membina keluarga dan mencari rezeki.

Alhamdulillah, selama hampir sembilan tahun saya membantu suami mencari rezeki di Kuantan dengan bekerja di sebuah pusat pendidikan terkenal di bandar Kuantan ini. Saya ditawarkan bekerja di syarikat yang sama dengan suami kerana dia sendiri sudah lama bekerja di sini, sejak dari penubuhan kolej ini lagi. Walaupun pendapatan kami tidaklah terlalu besar berbanding orang lain, tetapi saya tetap bersyukur kerana di bandar ini , kami mampu untuk hidup dengan selesa dan dapat membeli semua barang keperluan harian tanpa sebarang masalah. Anak-anak juga dapat dibesarkan dengan selesa, dan kami mampu menghantar mereka ke Sekolah Pendidikan Islam Swasta yang terkenal di bandar ini. Saya sentiasa berdoa semoga Tuhan selalu mengurniakan kami dengan rezeki yang murah agar kami dapat terus hidup dengan lebih selesa lagi.

Menjadi Pengedar Herbalife menambah pendapatan saya

Setelah mengenali Herbalife pada penghujung 2008 kerana mencari penyelesaian kepada masalah berat badan, saya terus jatuh cinta dengan Herbalife. Herbalife merupakan cara paling mudah dan menyihatkan untuk saya turun berat badan. Saya juga mendapati produk Herbalife merupakan salah satu cara untuk saya menambahkan pendapatan keluarga.

Walaupun pada masa bekerja saya seorang yang sangat sibuk, di samping menguruskan keluarga, saya mendapat hasil penurunan berat badan yang sangat baik dengan menggunakan produk Herbalife. Anda boleh download ebook saya untuk mengetahui kisah bagaimana saya boleh turun 18kg menggunakan produk Herbalife.

Setelah mendapat hasil yang menakjubkan menggunakan produk ini, saya menjadi tempat rujukan untuk orang lain yang ingin dapat hasil yang sama seperti saya. Sedikit demi sedikit, saya dapati yang saya rasa sangat gembira dan puas hati bila ada kawan-kawan menjadi lebih sihat dengan produk Herbalife ini.

Selepas itu saya mula memberanikan diri membina blog untuk berkongsi kisah saya menjadi lebih sihat dan turun berat badan dengan Herbalife. Tidak disangka rupanya ramai orang di luar sana yang mengalami masalah seperti saya, dan blog saya menjadi tempat rujukan ramai orang. Saya rasa sangat gembira bila saya dapat menolong lebih ramai orang setiap hari. Kepuasan ini adalah perasaan yang tidak pernah saya rasa ketika bekerja.

Rupa-rupanya inilah sahaja tugas seorang Pengedar Herbalife. Kami hanya perlu berkongsi kebaikan produk dan hasil yang kami dapat menggunakan produk ini. Memang mudah dan menyeronokkkan! Dengan berkongsi sahaja saya dapat menambahkan pendapatan, mendapat banyak barangan percuma yang ditawarkan oleh syarikat Herbalife, dan paling menyeronokkan ialah bila dapat melancong ke luar negara bersama keluarga (dengan memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh syarikat Herbalife)! Saya rasa tidak ada lagi pekerjaan lain di bumi ini yang akan dapat memberikan apa yang Herbalife telah berikan selama hampir 4 tahun ini.

 

Pengedar Herbalife sepenuh mana

Kini, saya tidak lagi bekerja makan gaji. Saya telah memilih kerjaya sebagai Pengedar Herbalife sebagai kerjaya tetap saya, kini dan untuk selama-lamanya. Saya juga tidak pernah berhenti menggunakan produk Herbalife setiap hari, sama ada produk kesihatan dalaman, mahupun produk penjagaan luaran. Bagi saya inilah pekerjaan paling mulia yang boleh saya pilih, dan dalam masa yang sama saya masih dapat menjalankan tugas saya sebagai seorang isteri dan ibu di rumah.

Kalau sebelum ini, semasa  saya masih bekerja tetap dan melakukan Herbalife sebagai bisnes sambilan untuk menambah pendapatan sampingan, saya mengunakan medium Internet untuk membantu ramai orang di luar. Tetapi saya dapati bahawa lebih ramai lagi orang di Kuantan yang masih belum tahu, apa itu Herbalife? Mereka masih belum  faham mengapa mereka perlu mengubah cara pemakanan mereka kepada lebih sihat.

 

Pengedar Herbalife Kuantan

Saya sudah mengambil keputusan untuk menggunakan seluruh masa, usaha dan kudrat saya untuk membantu lebih ramai lagi orang di Kuantan menjadi lebih sihat. Bagi saya ini adalah tanggungjawab saya kepada komuniti Kuantan. Saya mahu berbakti kepada tempat yang saya sayangi ini.

Jika anda berada di sekitar Kuantan dan sedang mencari Stokis Herbalife Kuantan, anda tidak akan berjumpa kerana memang produk Herbalife tiada stokis. Semua produk Herbalife adalah diedarkan oleh pengedar yang mendapatkan produk terus dari pusat barangan Herbalife di Kuala Lumpur untuk jaminan kualiti produk.

Jika anda sedang mencari Pengedar Herbalife Kuantan, anda boleh terus hubungi saya di nombor 017-9360797 untuk analisa kesihatan percuma.

Tetapi jika anda bukan orang Kuantan, jangan risau. Saya akan berikan analisa kesihatan secara online. Email saya untuk dapatkan nasihat mengenai produk Herbalife, senarai harga produk Herbalife dan cara mendapatkannya.