seo

Puasa dapat menurunkan berat badan?

Adakah anda tidak pasti sama ada puasa menurunkan berat badan? Adakah ketika berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan, berat anda masih lagi susah untuk turun?

Puasa menurunkan berat badan
Ini ialah persoalan yang biasa yang bermain dalam fikiran ramai. Ramai yang mengharapakan agar aktiviti puasa menurunkan berat badan mereka dengan lebih cepat dan mudah. Mereka mengharapkan apabila bulan Ramadhan menjelang, mereka akan dapat menurunkan berat yang banyak untuk Hari Raya nanti.

Walapun kita sepatutnya berpuasa sepenuh hati kerana menunaikan Rukun Islam dan kerana Allah Taala semata-mata, tetapi perasaan untuk dapat puasa menurunkan berat badan adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Kenapa memilih untuk puasa menurunkan berat badan?


Sebenarnya, kepentingan menurunkan berat badan bergantung kepada setiap individu sendiri. Ada orang ingin menurunkan berat badan supaya dapat beribadat dengan lebih mudah dan dapat mengerjakan Solat Terawih dengan sempurna.
Ada orang ingin puasa dan menurunkan berat badan dengan harapan supaya lebih bertenaga dan dapat melaksanakan aktiviti dan rutin harian tanpa sebarang masalah ketika sedang berpuasa.
Kebanyakan orang memilih bulan puasa menurunkan berat badan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya.Kenapa? Kerana Hari Raya ialah hari yang paling menggembirakan bagi umat Islam, dan semuanya mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk bergaya, dan memakai pakaian yang cantik dan menarik. Sudah tentulah dengan berat badan sesuai dengan ketinggian, mencari baju yang sesuai dan menarik akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan. Jika dengan berat berlebihan menyebabkan bentuk badan menjadi kurang menarik, pilihan baju untuk dipakai semasa Hari Raya adalah terhad.
Semasa waktu Hari Raya jugalah semua sanak saudara dan kawan-kawan akan berkumpul dan berjumpa. Ada yang hanya dapat berjumpa pada waktu Hari Raya sahaja. Jadi, peluang dapat berjumpa sesekali waktu ini haruslah dipastikan dapat memberikan kesan yang baik dan positif.
Lumrah manusia, jika kita bertemu dengan orang lain dalam keadaan fizikal yang sihat, ceria dan bentuk badan yang menarik, ini akan memberikan ingatan yang positif daripada pertemuan itu. Tetapi jika kita telah menambah berat badan daripada waktu pertemuan sebelumnya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keyakinan diri untuk berjumpa dengan orang ramai. Walaupun bukanlah pujian yang diharapkan, ianya lebih kepada rasa yakin dengan diri sendiri, dan memberikan pengaruh yang lebih positif secara keseluruhannya.

Jadi, betulkah puasa menurunkan berat badan?

Sebenarnya, cara dan pemakanan yang betul memang akan dapat membantu kita menurunkan berat badan secara efektif ketika bulan puasa. Jika tidak, bulan puasa mungkin akan menyebabkan seseorang menambahkan lagi berat badan ketika sebelum berpuasa.

Pemilihan pemakanan yang tepat dan berkhasiat adalah penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita yang sedang berpuasa. Akibat berlapar dan membiarkan perut kosong dalam jangkamasa yang lama di siang hari juga, akan menyebabkan metabolisme badan semakin menurun. Apabila metabolisme menurun, berat susah diturunkan. Ini menjadi punca utama kenapa berat mudah naik dengan banyak di bulan Raya akibat pemakanan yang berlebihan.

Kita seharusnya memilih makanan sihat yang penuh nutrisi di waktu sahur supaya kita kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Semasa berbuka juga, kita sepatutnya memilih untuk berbuka dengan hidangan yang sihat dan seimbang bagi mengembalikan semula khasiat dan nutrisi yang hilang semasa kita berpuasa di siang hari. Kita juga masih boleh menikmati pelbagai hidangan enak di bulan Puasa, asalkan kita tahu untuk mengurangkan pengambilan makanan manis dan tinggi gula, juga makanan tinggi lemak. Kita mesti berusaha supaya puasa menurunkan berat badan dengan efektif supaya kita dapat menyambut Hari Raya dengan hati yang gembira.

Adakah Herbalife dapat membantu kita di bulan puasa untuk menurunkan berat badan?

Berikut ialah beberapa testimoni yang dialami sendiri oleh Coachee / student saya kerana mengamalkan pengambilan produk Herbalife semasa berpuasa:-

  • Suriani turun berat badan sebanyak 2.35kg dalam masa seminggu
  • Liza turun 3.8kg dalam masa 20 hari berpuasa, dengan penurunan inci, visceral fat, body fat dan umur dalaman.
  • Syarina turun 2.2kg selepas hanya 5 hari mula dengan program menurunkan berat badan dengan Herbalife di bulan Puasa. Badan juga mengalami reshaping yang berkesan dan pakaian 2 tahun lepas sudah boleh dipakai.
  • Maisara turun 2kg juga dalam masa seminggu guna produk.

Sebenarnya, menggunakan produk Herbalife ketika bulan puasa akan memberikan kesan yang menakjubkan terutama dari segi menurunkan berat badan, dengan syarat jika kita menggunakannya dengan sukatan dan cara yang betul.

Ramai juga yang baru mula guna produk hanya di bulan puasa, dan mendapat kesan menakjubkan dari segi tenaga dan kecergasan, dan dalam masa yang sama juga berjaya menurunkan berat badan dengan berkesan.

Semuanya terserah kepada diri masing-masing, sama ada ingin berpuasa dan betul-betul menikmati kemewahan makanan di bulan Puasa, atau tetap menjaga dan mengawal pemakanan untuk hasil yang lebih baik sebagai persiapan di Hari Raya, dan juga selepas Raya.

Yang penting, dapatkan seorang Coach untuk bantu anda capai penurunan berat yang diinginkan di bulan puasa ini. Jika anda masih lagi tercari-cari seorang Coach, boleh email saya untuk maklumat lanjut.

Selamat berpuasa dengan sihat dan cergas dengan Herbalife, dan semoga berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan.

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.