Herbalife Online : Cara turun berat jarak jauh

Herbalife Online : Cara turun berat jarak jauh

herbalife-online

Saya selalu menerima mesej atau panggilan yang bertanyakan mengenai produk Herbalife. Selepas saya membantu mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan, mereka selalu bertanya di mana saya berada.

Jadi, kali ini biar saya terangkan bahawa tidak kira di mana saya berada, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Herbalife  Online melalui saya atau mana-mana Pengedar Herbalife Malaysia yang aktif.

Kenapa saya pilih Herbalife Online?

Ketika saya baru menggunakan produk Herbalife pada tahun 2008, saya hanya merujuk kepada internet bagi mendapatkan maklumat mengenai produk ini. Ketika itu belum ada lagi orang sekeliling saya yang menggunakan produk ini.Saya yang mempunyai masalah berat badan yang serius tercari-cari produk mana yang berkesan untuk saya.

Semasa memilih produk turunkan berat badan yang sesuai, faktor kualiti dan kesan sampingan Herbalife sangat saya titik beratkan, kerana saya sedang menyusukan anak saya yang kedua. Daripada internetlah saya mendapat maklumat yang diperlukan, dan juga saya dapat bertemu dengan Coach Herbalife saya secara online.

Walaupun Coach saya berada di Kuala Lumpur, dan saya berada di Kuantan, saya rasa selesa apabila berbual dengannya secara online. Ketika itu hanya SMS, Email dan Yahoo Messenger sahaja yang menjadi kaedah kami berkomunikasi. Walaupun berjauhan dengan Coach, dengan hasil usaha keras saya sendiri, disiplin yang tinggi, dan tunjuk ajar serta panduan daripada coach, saya mampu menurunkan berat badan dengan berkesan.

Ketahui bagaimana saya turun daripada 92kg kepada 74kg walaupun sibuk

Oleh kerana saya telah mendapatkan produk Herbalife Online, saya percaya bahawa herbalife online mampu memberikan keputusan yang baik  sama seperti mereka yang minum shake herbalife di kelab nutrisi ataupun yang mempunyai coach yang berdekatan mereka. Oleh sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menjadi coach herbalife online supaya dapat membantu ramai orang menjadi lebih sihat dan turun berat badan , walaupun secara online.

Jika saya boleh, anda juga pasti boleh melakukannya! Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan herbalife online.
herbalife-online-web

Apa itu Herbalife Online?

Herbalife Online merupakan proses mendapatkan produk Herbalife Online menggunakan Internet. Proses ini terdiri daripada beberapa peringkat seperti berikut:-

  1. Proses analisa, iaitu mengenalpasti produk mana yang sesuai dengan hasil yang anda inginkan.
  2. Proses memilih produk mengikut keperluan dan bajet anda. Saya mempunyai beberapa cadangan pakej Herbalife untuk peringkat permulaan. Jadi jangan lupa tanya saya mengenai pakej Herbalife ini.
  3. Proses pendaftaran. Jika anda seorang yang serius ingin gunakan produk Herbalife dalam jangkamasa yang lebih lama, anda boleh pilih untuk daftar ahli Herbalife. Atau, anda boleh sahaja pilih untuk beli dengan harga runcit tanpa perlu mendaftar sebagai ahli Herbalife.
  4. Proses pembayaran- selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli dan kuantiti setiap produk, jumlah bayaran akan dikirakan. Bayaran boleh dilakukan secara online transfer atau cash deposit. Anda juga boleh mendaftarkan kad kredit dengan Herbalife, sekiranya anda bersetuju untuk mendaftar sebagai ahli Herbalife. Selain itu, caj pos akan dikenakan untuk penghantaran.
  5. Perkhidmatan coaching bermula – sebaik sahaja anda mendapatkan produk melalui saya, saya akan memberikan panduan tentang cara menggunakan produk dengan betul supaya anda dapat kesan seperti yang diinginkan. Perkhidmatan coaching ini adalah percuma, khas untuk mereka yang melantik saya sebagai Coach Herbalife.

Kenapa Herbalife Online?

Jika anda seorang yang sibuk seperti saya, dan tiada masa untuk meluangkan masa keluar untuk membeli produk, ataupun anda susah untuk menetapkan masa dan waktu yang sesuai untuk temujanji follow-up, Herbalife online ialah satu pilihan terbaik untuk anda. Anda tidak perlu rasa perbezaan menggunakan produk herbalife secara online, ataupun secara bersemuka kerana hasil yang anda akan dapat 100% bergantung kepada diri anda sendiri. Apa yang membezakan testimoni Herbalife anda ialah cara penggunaan, berdasarkan Coaching yang anda terima. Jadi, pemilihan Coach yang sesuai adalah sangat penting. Pastikan anda memilih Coach yang anda selesa dan sudah dapat kesan Herbalife yang berkesan untuk dirinya sendiri.

Kenapa Herbalife Online bukan untuk anda?

Herbalife Online bukan untuk anda jika anda masih belum bersedia untuk mengubah cara pemakanan anda sekarang. Untuk mendapat kesan Herbalife yang terbaik, komitmen dan disiplin diri adalah sangat penting. Jika anda masih ingin mengekalkan cara pemakanan sedia ada yang memberikan punca kepada kenaikan berat badan sedia ada, jadi saya cadangkan supaya anda jangan bermula dengan produk Herbalife dahulu. Hubungi saya hanya apabila anda sudah betul-betul bersedia untuk berubah.

Saya pilih Herbalife Online

Hubungi saya melalui email atau SMS/ Whatsapp ke nombor saya 017-9360797 jika anda sudah bersedia untuk memperbaiki kesihatan anda dan turunkan berat badan dengan Herbalife. Saya bersedia menjadi Coach Herbalife Online terbaik untuk anda sekarang!

Isikan maklumat anda di bawah jika inginkan bantuan saya untuk dapatkan Herbalife Online

* Jangan dibiarkan kosong

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.