Puasa dengan Herbalife tahun 2014

Puasa dengan Herbalife tahun 2014

Alhamdulillah, sudah masuk seminggu umat Islam melalui bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sudah masuk seminggu jugalah saya dan keluarga dapat puasa dengan Herbalife tahun ini.

Untuk diri saya sendiri, ini merupakan tahun ke 6 saya berpuasa dengan Herbalife. Syukurlah kerana tahun ini tetap diberikan rezeki oleh Allah untuk membantu lebih ramai lagi yang mula puasa dengn Herbalife. Malah, ada beberapa orang hanya memulakan program sihat dengan Herbalife hari pertama pada bulan puasa ini. Setakat ini mereka tidak mengalami sebarang masalah, malah rasa sangat berpuas hati dapat bersahur dengan shake Herbalife.

puasa-dengan-herbalife-2014

Puasa dengan Herbalife minggu pertama

Dalam tempoh seminggu berpuasa, hanya semalam sahaja sahaja saya tidak dapat berbuka puasa dengan Herbalife shake. Ini kerana kami sekeluarga berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa di sekolah anak-anak saya iaitu Sekolah Rendah Agama Al -Irsyad, Kuantan. Sekolah mereka memang mengadakan majlis berbuka setiap tahun khas untuk semua pelajar dan ibu bapa. Selepas itu diadakan pula solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Terawikh.

Pengalaman berbuka beramai-ramai memang menyeronokkan. Saya berpeluang mengajar anak-anak bagaimana berkongsi makanan dan memilih makanan yang perlu sahaja. Mereka pun kelihatan sangat gembira dapat berbuka puasa dengan ramai orang. Kalau di rumah, hanya kami berempat sahaja waktu berbuka, tidak termasuk si kecik umur setahun lebih yang tak puasa tu ­čÖé

Bila berbuka puasa beramai-ramai di luar, saya hanya minum aloe vera Herbalife dan teh Herbalife sahaja, selepas berbuka dengan kurma. Selepas tu terus menjamah makanan yang dihidangkan. Kalau semalam, kami semua beruntung kerana dapat makan nasi berlaukkan gulai kawah yang sangat menyelerakan. Tidak termasuk hidangan ikan bakar , kuih-muih dan buah-buahan yang dihidangkan.

Inilah salah satu kebaikan Herbalife, di mana kita boleh sesuaikan pengambilan shake mengikut keadaan, Kita tidak perlu terlalu terikat dengan aturan yang sama setiap hari. Asalkan kita betul-betul faham cara terbaik untuk kita. Jika ada sesuatu yang tidak pasti, boleh terus merujuk dengan Coach Herbalife kita untuk panduan.

Selepas lama tidak berpuasa dengan makanan berat, perbezaan dengan berbuka puasa dengan Herbaife memang dapat saya rasakan. Apabila mengambil makanan biasa, saya rasa lebih cepat letih. Nak solat pun rasa malas je. Kalau saya dapat berbuka dengan shake, Alhamdulillah, nak solat terawikh pun rasa bersemangat. Lagipun solat kan satu jenis senaman juga. Apatah lagi solat ini sangat istimewa hanya terdapat dalam bulan Ramadha sahaja. Walaupun hanya berpeluang solat terawikh di rumah, saya tetap rasa bersyukur diberikan kemudahan dan kesihatan oleh Allah untuk melaksanakannya. Saya sangat bersyukur dapat sihat dengan Herbalife walaupun umur sudah hampir masuk ke usia 38 tahun. Sama-samalah kita berdoa supaya semua amalan kita di bulan puasa ini diterima oleh Allah. Amin.

Ingin bermula untuk puasa dengan Herbalife sekarang? Anda masih belum terlambat. Hubungi saya untuk mendapatkan shake Herbalife anda hari ini.

Cara puasa dengan Herbalife

Puasa dengan Herbalife bukan semata-mata berbuka puasa dengan minum shake Herbalife. Yang paling utama ialah dapat bersahur dengan aloe vera Herbalife, teh Herbalife dan shake. Inilah makanan sahur yang terbaik buat diri saya. Dengan mengambil sahur ini setiap hari, saya rasa sihat dan bertenaga sepanjang hari berpuasa.

Walaupun saya menyusukan anak sepenuhnya, saya tidak menghadapi masalah rasa lapar ketika puasa. Alhamdulillah, susu badan untuk anak saya juga mencukupi kerana dari tahun lepas lagi saya sudah dapat berpuasa dengan Herbalife walaupun menyusukan anak sepenuhnya.

Puasa dengan Herbalife kali pertama

Bila saya menerangkan kepada ahli-ahli saya yang baru pertama kali akan berpuasa dengan Herbalife, saya selalu bercerita mengenai kisah saya sebelum Herbalife. Dahulu, saya merupakan seorang yang WAJIB makan nasi bila sahur. Ini adalah kerana saya telah dipastikan oleh ibu bapa saya supaya makan dengan cukup waktu sahur, supaya dapat berpuasa dengan selesa di waktu siang. Oleh itu, saya akan memastikan setiap tahun berpuasa saya mesti akan sediakan nasi waktu sahur supaya tidak lapar ketika berpuasa di siang hari.

Pengalaman puasa dengan Herbalife tahun pertama adalah mendebarkan pada permulaannya, kerana saya tidak pasti boleh bertahan atau tidak jika setakat bersahur dengan shake sahaja.

Alhamdulillah, selepas mencubanya saya rasa seronok sekali. Saya rasa lebih sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa. Bonusnya, saya dapat turunkan berat dengan banyak menjelang Raya! Seronok, kan? Anda boleh baca pengalaman saya berpuasa dengan Herbalife kali pertama pada tahun 2009 dulu di sini .

Download ebook untuk ketahui bagaimana saya turun 18kg dengan Herbalife


puasa-denga-herbalife-change

Harapan puasa dengan Herbalife tahun ini

Puasa dengan Herbalife tahun ini lebih bermakna buat saya, bukan hanya kerana dapat berpuasa dengan sihat, tetapi juga berharap dapat menurunkan lemak dalam badan, serta memperbaiki pemilihan makanan sedia ada.

Selain itu juga, tahun ini menggunakan produk Herbalife SKIN sejak dari minggu pertama puasa. Sudah tentulah saya mengharapkan dapat kulit cantik dengan Herbalife SKIN ini.

Sama-samalah kita berusaha melipat gandakan amalan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Selain itu juga semoga kita semua dapat jadi lebih cantik dengan Herbalife. Insya-Allah.

Email ke aziera[at]azierayazid.com atau SMS/ Whatsapp ke 017-936 0797 untuk memulakan program cantik dengan Herbalife di Hari Raya. Jangan bertangguh lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.