Testimoni Herbalife Skin : Selepas 7 hari

Testimoni Herbalife SKIN: Hasil selepas 7 hari

Kali ini saya ingin berkongsi testimoni herbalife SKIN saya selepas 7 hari. Kenapa 7 hari

Kerana herbalife SKIN merupakan produk penjagaan muka terkini daripada Herbalife yang telah dibuktikan oleh sains bahawa dapat memberikan kesan dan perubahan kepada kulit muka dalam masa 7 hari sahaja.

Adakah produk ini betul-betul berkesan untuk kulit muka saya?

Ini adalah testimoni Herbalife bagi kulit saya sepanjang lebih 5 tahun menggunakan produk nutrisi ini

Secara terus-terang, kulit muka saya memang tiada masalah yang ketara sejak dari dulu lagi. Masalah jerawat memang tiada, cuma sesekali bila ganguan pada hormon atau stress, barulah timbul sebiji dua jerawat di muka. Selepas saya mula minum minum shake Herbalife, complexion muka menjadi lebih baik lagi. Boss saya merupakan orang pertama menegur muka saya selepas sebulan saya minum shake Herbalife. Boleh baca kisahnya di sini. Sebaik saja masuk usia 30-an kulit muka saya menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Saya mencari-cari produk mana yang dapat mengurangkan kekeringan muka ini. Selepas daftar ahli herbalife dan menggunakan produk Herbalife sepenuhnya, saya rasa lebih jimat dan untung jika terus menggunakan produk nutrisi luaran Herbalife. Lagipun produk Herbalife adalah organik dan sesuai utk semua kulit. Syukurlah kulit muka saya menjadi lebih baik dan tiada sebarang masalah ketika menggunakan set Nourifusion , Radiant C dan Skin Activator. Ingin tahu pilihan produk nutrisi luaran Herbalife yang sesuai untuk kulit muka anda? Hubungi saya untuk mendapat analisa dan penerangansecara lanjut.

Berikut ialah testimoni Herbalife SKIN saya selepas 7 hari

Dengan perlancaran produk SKIN, saya terus mengambil peluang mencuba semua produk dalam set yang ditawarkan. Apatah lagi bila produk Herbalife SKIN menawarkan kesan Refresh dan Replenish dalam masa 7 hari. Maksudnya, dalam masa 7 hari, kulit muka akan kelihatan lebih segar, berseri dan diperbaharui.

 

Semasa dalam tempoh 7 hari saya ada mengalami tindakbalas kulit tetapi tidaklah serius. Saya percaya ini ialah proses rawatan daripada nutrisi yg dibekalkan oleh produk ini yg kaya dengan Vitamin B3, C dan E. Lagipun produk ini dah diuji sepenuhnya oleh ahli-ahli dermatologi, sudah tentulah tiada masalah dengan produk ini.   testimoni_herbalife_skin Secara jujurnya, selepas 7 hari saya dapat rasakan sedikit perbezaan. Walaupun tidak ketara, mungkin kerana saya memang tidak ada masalah berat pada kulit, saya dapat rasakan kulit muka menjadi lebih cantik dan lebih cerah(radiant). Kulit rasa lebih tegang dan lembut. Muka saya tidak lagi kering dan terasa mempunyai berminyak semulajadi. Walaupun tidak ketara, garis-garis halus pada muka juga semakin berkurang. Ada juga yg tegur saya nampak semakin berseri-seri. Mungkin kerana Daily Glow Moisturiser nya. Saya juga rasa lebih yakin bergaya. Kalau keluar rumah tanpa mekap pun rasa selesa, dan lebih berkeyakinan.kulit_cantik_dengan_herbalife_skin7 Yang seronoknya, walaupun tidak ada perbezaan ketara untuk diri saya, saya semakin suka #selfie. Mengapa? Kerana muka saya nampak lebih berseri-seri di dalam kamera. Walaupun hanya setakat berbedak sahaja tanpa foundation, dan secalit celak pada bahagian mata. Jangan tak percaya kalau setiap hari rasa nak ambil gambar untuk lihat kesan perbezaan produk ini selepas hari ke hari! Begitulah keyakinan saya terhadap produk yang dapat memberikan testimoni Herbalife SKIN secara harian. Menarik kan?

Jadi, jika anda tanya saya, adakah produk SKIN ini sesuai untuk anda?

Jawapan saya, mungkin ya dan mungkin tidak. Jangan lupa baca post saya mengenai, mengapa produk Herbalife SKIN tidak sesuai untuk anda?

Adakah testimoni Herbalife SKIN anda akan jadi lebih baik daripada saya?

Ini bergantung kepada keadaan kulit muka anda. Apa yang pasti, Herbalife sendiri telah menjanjikan secara saintifik tentang perubahan yang akan anda alami sendiri setiap hari termasuklah kulit menjadi lebih lembut, halus, radiant, dan dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, dengan penggunaan secara teratur dan konsisten. Klik di sini untuk ketahui dan memilih pakej Herbalife SKIN yang sesuai untuk anda. Untuk mereka yang berminat mendapatkan produk ini dan menjadikan kulit cantik dengan Herbalife, hubungi saya untuk ketahui bagaimana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.