7 cara kurus badan yang perlu anda pilih

kurus-badan7 cara kurus badan yang perlu anda pilih

Anda ingin kurus! Anda dah cuba macam-macam cara kurus badan tetapi, tak ada pun yang mendatangkan hasil.

Adakah perkara ini hanya berlaku kepada anda seorang?

TIDAK, sama sekali tidak.

Ramai yang ingin turunkan berat badan tetapi tidak tahu cara kurus badan yang terbaik untuk mereka.

Disebabkan mereka salah memilih cara yang paling sesuai, ramai yang tidak dapat turunkan berat. Ramai juga yang dah turunkan berat , tetapi lepas tu berat naik semula dengan cepat. Sama ada kembali kepada asal, atau mungkin juga lebih berat daripada asal.

Sebenarnya, untuk dapat turunkan berat dan mengekalkanya, anda perlu pilih cara kurus badan yang terbaik untuk diri anda.

Ada banyak cara untuk kuruskan badan di luar sana, tetapi mana satu yang betul-betul sesuai untuk anda?

Saya boleh berikan analisa kesihatan untuk ketahui bagaimana anda boleh turunkan berat badan.

Saya dulu pun pernah mengalami masalah yang sama. Saya cuba bermacam-macam cara kurus badan. Kadangkala dapat turun sedikit, kadangkala tidak. Saya juga sukar nak kekal dengan sesuatu cara, sama ada kerana kos yang tinggi tanpa perubahan yang ketara, ataupun kerana  bosan dengan menu diet tersebut. Sehinggakan ada ketika saya fikir, mungkin menjadi obese adalah nasib saya. Mungkin saya akan menjadi obese hingga saya mati.

Tapi, ini adalah pemikiran orang yang mudah putus asa. Tuhan pun tidak suka pada umat-Nya yang tidak suka berusaha. Kita perlu  cuba sedaya-upaya untuk capai berat ideal selagi Tuhan anugerahkan kita dengan kesihatan dan keupayaan fizikal. Ini kerana tubuh kita adalah anugerah dan amanah dari Allah. Lagipun, sebagai seorang ibu, saya perlu turunkan berat untuk kekal sihat, supaya saya dapat hidup lebih lama dan dapat menjaga dan membesarkan anak-anak saya dengan sempurna.

Syukurlah, setelah saya mencari banyak maklumat, saya sudah berjumpa dengan cara yang paling sesuai untuk saya. Selepas saya turunkan 18kg, saya dapat mengekalkannya dan menikmati kesihatan sehingga kini lebih dari 5 tahun. Download ebook bagaimana saya turun 18kg dengan Herbalife

cara-kurus-badan

Dalam kategori manakah anda berada sekarang?

Kenapa kita perlu pilih cara kurus badan yang terbaik untuk kita?

Ini kerana jika kita menyukainya, yakin dengan usaha kita dan berasa selesa melaksanakannya, barulah kita akan dapat keputusan yang berterusan. Untuk menentukan kejayaan dalam apa sahaja perkara yang kita buat, konsisten dan usaha yang berterusan adalah kunci kejayaan.

Di sini saya ingin berkongsi tips bagaimana cara kurus badan yang anda boleh pilih supaya anda dapat meneruskannya tanpa rasa kurang selesa.

Ketahui 7 cara kurus badan yang perlu anda pilih untuk mendapat hasil yang berkekalan

1. Pilih cara kurus badan yang tidak membuatkan kita sentiasa berlapar

Cara diet dan turunkan berat badan yang sihat ialah yang tidak akan menbuatkan kita rasa lapar atau terpaksa  meninggalkan waktu makan. Apabila kita membiarkan perut kosong terlalu lama, metabolisme badan akan menurun. Ini lama-kelamaan menyebabkan proses pembakaran lemak menadi terlalu perlahan. Kita mungkin dapat turun beberapa kg pada peringkat permulaan, tetapi apabila metabolisme kita sudah menjadi rendah, penurunan berat akan berkurangan atau menjadi statik. Akibat metabolisme yang rendah in, badan kita mudah naik lebih cepat apabila kita mula mengambil makanan seperti sedia kala.

2. Cara kurus badan yang selamat dan diluluskan

Pilih cara kurus badan yang terbukti selamat dan mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia. Jika anda memilih untuk menurunkan berat menggunakan produk kuruskan badan, status Halal juga sangat penting diberi keutamaan. Pastikan anda faham bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan dan siapakah pakar sains dan perubatan yang telah mencipta produk tersebut. Adakah mereka mempunyai kelayakan professional untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan diiktiraf antarabangsa,

3. Tiada larangan, pantang-larang atau kekangan dalam perlaksanaannya

Cara kurus badan yang mudah dan selesa adalah sangat penting dititik beratkan. Ada sesetengah diet turunkan berat membuatkan kita terpaksa mengira kalori dengan terperinci, meninggalkan sesuatu kumpulan makanan seperti karbohidrat contohnya, atau kita tidak boleh mengambil produk lebih daripada berapa kali dalam sehari. Bagi saya, cara ini menyusahkan dan saya tidak suka untuk berfikir panjang ketika hendak memilih makaanan. Saya lebih selesa jika saya boleh ikut menu yang dicadangkan, dan pilih sahaja mana-mana hidangan dan makanan berkhasiat untuk dimakan.

4. Tiada kesan sampingan yang negatif untuk kesihatan

Apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita. Oleh itu, apa sahaja produk atau diet yang kita pilih, pastikan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang boleh mengganggu kesihatan kita. Sebelum memulakan sesuatu program turunkan berat badan, lebih elok jika kita lakukan pemeriksaan kesihatan sepenuhnya untuk memastikan diet tersebut sesuai dengan tahap kesihatan kita, dan tidak membahayakan. Pilih produk yang sudah berada di pasaran sekurang-kurang lebih daripada 25 tahun, dengan ramai orang yang telah mendapat kesihatan dan turunkan berat dan kekal sihat.

5. Tidak perlu meninggalkan makanan kegemaran atau yang biasa kita makan

Nasi merupakan makanan kegemaran saya. Saya tidak tahu dengan anda. Mungkin anda boleh tinggalkan nasi lebih dari sebulan atau setahun, tetapi tidak untuk saya. Saya ingin pilih menu diet yang membolehkan saya makan nasi. Begitu juga dengan aiskrim, coklat, kek dan lain-lain makanan yang saya gemari. Saya tidak boleh meninggalkan terus makanan ini. Cukuplah kalau saya dapat makan di Restoran Makanan Segera sebulan sekali, saya sudah cukup puas hati. Jadi, untuk saya, pilihan cara kurus badan saya tidaklah boleh yang memaksa saya meninggalkan nasi. Asalkan saya sedar kuantiti yang sesuai, untuk hidangan sihat dan seimbang.

6. Pilih nutrisi bukan kalori

Pilihan untuk turun berat mestilah bukan setakat mengawal kalori sahaja, tetapi lebih mementingkan mengenai kandungan nutrisi yang terdapat dalam makanan kita. Pilihan terbaik untuk program turunkan berat ialah melalui penggantian makanan atau meal replacement, iaitu dengan cara menggantikan makanan biasa yang kita makan dengan hidangan yang lengakap dengan nutrisi, disamping mengandungi jumlah kalori yang rendah. Selain daripada tu, pilihan pengganti makanan tersebut mestilah sedap dan menyelerakan. Untuk pilihan pengganti makanan yang sihat, membekalkan 55 nutrien kepada badan, dan juga dalam 5 perisa yang sedap, pilih shake Herbalife untuk bantu anda turum berat.

7. Menyediakan Jurulatih untuk bantu turun berat

Cara kurus badan yang terbaik ialah jika mendapat seorang jurulatih, atau Coach yang dapat membantu kita untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik. Dengan adanya seorang Coach, kita akan lebih faham bagaimana berat kita dapat turun dengan lebih banyak, apa menu makanan yang sesuai dengan keperluan berat badan kita, berapa banyak air yang perlu kita minum setiap hari, dan lain-lain lagi. Seorang Coach juga dapat menaikkan semual semangat kita apabila kita hampir putus asa. Sorang Coach akan dapat membantu menjawab segala persoalan mengenai diet turun berat kita.

Ketika saya memilih cara kurus badan yang sesuai untuk saya, saya telah mempertimbangkan perkara-perkara asas di atas. Alhamdulillah, saya telah dipertemukan dengan produk Herbalife, dan seorang Coach Herbalife yang telah membantu saya dalam proses menurunkan berat badan dengan Herbalife dan terus sihat dengan Herbalife. Saya terus konsisten menggunakan produk Herbalife walaupun ketika hamil anak ke-tiga, berpantang dengan Herbalife dan sehinggai kini masih menyusukan anak secara sepenuhnya.

Adakah anda sedang mengamalkan diet dan cara kurus badan?

Adakah cara kurus badan anda sesuai dengan keadaan diri anda sekarang? Adakah anda sudah mendapat hasil daripada usaha anda itu?

Jika ya, TAHNIAH saya ucapkan! Teruskan usaha anda itu dan saya percaya apa sahaja kaedah yang anda gunakan sekarang memang betul-betul sesuai untuk anda.

Bagi anda yang masih belum berjumpa dengan cara kurus badan yang sesuai, atau masih belum memiliki sekurang-kurangnya 7 cara kurus badan di atas, apa kata anda pilih Herbalife untuk bantu anda?

Hubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut bagaimana Herbalife mungkin sesuai untuk anda.

Email ke aziera[at]azierayazid.com atau Call/ SMS/ WhatsApp ke nombor 017-936 0797 (Maxis) || 0192208901 (Celcom)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.