Kenapa pilih set kurus Herbalife?

Kenapa pilih set kurus Herbalife?

Sewaktu saya nak turunkan berat badan, saya cuba mengkaji semua produk kurus di pasaran. Faktor kualiti dan keselamatan menjadi faktor paling utama untuk saya memilih produk yang sesuai. Kenapa saya begitu menitik beratkan faktor ini? Kerana pada masa itu saya masih lagi menyusukan anak kedua saya secara sepenuhnya, dan saya khuatir jika ambil sebarang produk akan memberi kesan kepada anak saya, ataupun memberikan kesan sampingan yang negatif kepada diri saya dalam jangka masa panjang.

set-kurus-herbalifeAkhirnya setelah membuat kajian saya sendiri, saya terus mengambil keputusan untuk memilih set kurus Herbalife yang ternyata selamat untuk semua, termasuklah ibu mengandung dan kanak-kanak. Hasil daripada usaha gigih saya dan dengan berpandukan kepada tunjuk ajar daripada Coach Herbalife saya, saya berjaya turun 18kg  dengan set kurus Herbalife ini. Selepas lebih lima tahun menggunakan produk ini, saya terus menggunakannya semasa saya mengandung anak ketiga, dan kini sedang menyusukannya secara sepenuhnya juga sambil bekerja di rumah. Alhamdulillah, set kurus Herbalife ini memang betul-betul berkesan untuk saya, dan juga saya mendapat kesan sampingan Herbalife yang sangat memuaskan!

>> Download ebook saya untuk ketahui bagaimana saya berjaya turun berat badan dengan Herbalife.

Setelah menggunakan produk Herbalife, dan mendapat hasil yang sangat mengujakan, barulah saya sesar bahawa produk Herbalife memberikan penyelesaian dari segi kesihatan dan perubahan cara hidup yang lebih menyihatkan. Produk ini bukanlah ubat kurus yang mempunyai kesan sampingan, atau yang menurunkan berat badan secara cepat tetapi tidak sihat, contohnya melalui kaedah berlapar atau buang air yang berlebihan.

Dengan mengamalkan set kurus Herbalife untuk menurunkan berat, sedikit demi sedikit saya mula belajar tentang pemilihan makanan sihat, dan juga mengurangkan fast food dan junk food. Saya juga minum lebih banyak air, dan juga lebih aktif bergerak kerana rasa lebih bertenaga.

Jika anda sudah pun mengamalkan suplemen lain untuk kesihatan atau turunkan berat badan, tiada masalah. Saya cadangkan anda terus menggunakan produk tersebut dan alamai kesannya. Walau bagaimanapun, jika anda masih lagi sedang memilih produk mana untuk digunakan bagi membantu anda, saya cadangkan supaya anda memilih produk yang bukan sahaja dapat membantu anda menurunkan berat badan, tetapi juga untuk memperbaiki kesihatan anda. Jangan pilih produk kurus semata-mata tanpa anda perlu mengubah cara makan yang kurang sihat.

Produk Herbalife adalah suplemen untuk sihat dan turunkan berat. Denagn menggantikan dua kali waktu makan dengan shake Herbalife, dan makan hidangan penuh sekali sahaja, anda akan dapat turunkan berat badan secara sihat, dan juga mengekalkannya! Set kurus Herbalife merupakan satu cara makanan yang mudah, tak perlu kira kalori atau berpantang seperti meninggalkan nasi.

Set kurus herbalife terdiri daripada shake Herbalife yang mempunyai semua nutrien penting seharian kita. Bila kita dah minum segelas shake sebagai sarapan, kita sudah tidak perlu risau mengenai pengambilan nutrisi untuk hari tersebut kerana semuanya sudah ada dalam shake ini.

Selain daripada itu, set kurus herbalife juga mengandungi Teh Herbalife yang membantu membakar lemak lebih cepat. Aloe vera Herbalife pula untuk mencuci usus dan membung toksin, dan penyerapan nutrien lebih berkesan. Ini membantu mempercepatkan penurunan berat. Anda juga boleh pilih untuk tambah dengan TC Formula, ataupun selalu dikenali sebagai Turun Cepat Formula, untuk turun secarsa sihat dengan lebih cepat.

Anda ingin tahu bajet untuk set kurus Herbalife?  Kos yang perlu dikeluarkan adalah bergantung kepada keperluan dan tahap kesihatan masing-masing. Apa kata anda dapatkan dulu senarai harga Herbalife untuk ketahui produk yang sesuai untuk anda. Hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga Herbalife 2014 yang terkini.

Yang paling saya suka mengenai set kurus Herbalife ialah kerana setiap produk didatangkan bersama dengan Coaching secara percuma khas untuk sesiapa yang menggunakannya. Kita hanya perlu memilih Coach Herbalife yang sesuai, dapatkan produk daripadanya dan terus mendapat panduan dan nasihat serta tunjuk ajar untuk memastikan set kurus Herbalife betul-betul akan dapat memberikan kesan seperti yang kita inginkan.

Jika anda sudah bersedia untuk menurunkan berat badan secara sihat dengan Herbalife, hubungi saya untuk mendapatkan produk bagi mengikuti program turunkan berat beserta Coaching secara PERCUMA.

Hubungi saya sekarang!

SMS/Whatsapp 017 936 0797 || Email aziera[at]azierayazid.com || wechat aziera_yazid

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.