Masalah Herbalife utama menjelang Raya.

Ketahui masalah Herbalife yang dibawa kepada pengguna produk di Hari Raya

Selepas 4 tahun saya menjadi Coach, saya sudah biasa dengan masalah Herbalife yang pernah berlaku kepada diri saya sendiri, dan juga kebanyakan Coachee yang menggunakan produk ini di bulan Ramadhan. Akibatnya ada Coachee saya yang bersedih di pagi raya dan kurang bersemangat menyambut raya.

masalah-herbalife

Apakah masalah Herbalife itu?

Kebanyakan orang yang berpuasa dengan Herbalife akan mengalami masalah paling ketara iaitu, baju untuk dipakai di pagi raya sudah longgar!

Setiap tahun, Coachee-coachee  saya akan mengadu perkara yang sama kepada saya. Saya rasa simpati juga pada mereka sebab kadang-kadang, tempahan baju raya sudah dibuat awal, mungkin sebulan atau 2 bulan sebelum raya. Kain untuk dibuat baju dibeli dengan corak yang sama dengan suami dan anak-anak. Cadangnya nak pakai sedondon di Hari Raya nanti. Tapi, bayanglah jika bila menjelang raya, baju yang nak dipakai sudah pun longgar!

Nak ubahsuai dah tak sempat, tailor dah tau mau terima. Nak tukar baju lain tak boleh pula sebab nak suit dengan family. Akhirnya terpaksalah redha je pakai baju longgar. Kalau bernasib baik, dapat ubahsuaikan sendiri baguslah.

Saya nak dapat kesan yang sama!

Sebenarnya masalah Herbalife ini bukan sahaja berlaku untuk Hari Raya sahaja. Setiap kali nak beli baju baru sahaja, inilah masalah utama yang dihadapi. Saya masih ingat lagi ketika dalam peringkat permulaan proses menurunkan berat badan dengan Herbalife, Baju dan seluar semuanya longgar dan sudah tidak sesuai untuk saya. Bila beli baju dan seluar baru pun sekejap sahaja dapat pakai, kerana badan terus mengalami ‘shaping’ ketika saya terus menggunakan produk ini. Oleh sebab itulah perasaan serba salah sama ada nak beli atau tidak, menjadi masalah Herbalife yang utama buat saya.

 >> Download ebook saya untuk ketahui pengalaman saya turun berat badan dengan Herbalife

Cara mengatasi masalah Herbalife di menjelang Raya

Cadangan terbaik yang saya boleh berikan kepada mereka yang masih mengalami penurunan berat badan yang ketara ketika menggunakan produk Herbalife ialah untuk beli baju raya di hujung bulan puasa. Jika pada masa ini, kemungkinan baju yang dipakai pada Hari Raya nanti sesuai dengan perubahan yang telah berlaku.

Ataupun, kepada mereka yang perlu menempah baju di tailor. Saya cadangkan supaya buat perjanjian awal-awal dengan tailor untuk bersedia dengan ukuran baru, atau sedia untuk ubahsuai baju jika perlu. Mungkin cadangkan pada dia untuk jahit baju kita paling lewat, dah dekat-dekat nak raya. Tapi awas! Pastikan baju tu sempat disiapkan. Kalau tidak, tak berbaju raya pulaklah nanti…

Apa yang paling penting sebenarnya ialah, kita perlu mengambil yang positif daripada apa yang berlaku ini. Kepada sesiapa yang mengalami perkara ini atau bakal mengalaminya nanti, jangan risaukan mengenai baju yang nak dipakai pada pagi Raya tersebut. Tapi kita perlu bersyukur atas perubahan yang telah diberikan oleh Allah selepas kita menggunakan produk Herbalife di bulan puasa ini. Dengan badan yang jadi lebih sihat dan lebih langsing, tiada apa yang perlu disedihkan pada Hari Raya tersebut. Apa pun baju yang kita pakai, yang penting kita mesti beraya dalam keadaan bersederhana dan mengikut batasan Islam.

Adakah anda ingin mengalami masalah Herbalife yang sama seperti ini?

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk Herbalife bagi mengalami sendiri perubahan yang akan berlaku kepada diri anda.

*Kesan dan tindakbalas produk adalah berbeza bagi setiap individu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.