Kenapa berpuasa dengan Herbalife sesuai untuk ibu menyusukan anak?

Bagaimana berpuasa dengan Herbalife membantu ibu yang menyusukan anak sepenuhnya

berpuasa-dengan-herbalife

Alhamdulillah tahun ini, saya dan keluarga menyambut Ramadhan dengan kehadiran seorang insan baru dalam keluarga kami. Saya baru sahaja mendapat seorang cahayamata yang kini berusia lebih dari 2 bulan menjelang Ramadhan ini. Saya rasa sangat bersyukur kerana dapat menyusukan bayi saya sepenuhnya tanpa sebarang masalah walaupun sedang berpuasa. Seperti biasa, saya tetap terus menggunakan produk Herbalife setiap hari walaupun ketika saya mengandung, berpantang dan kini sewaktu menyusukan anak ketiga saya secara sepenuhnya.

>> Download ebook saya untuk ketahui bagaimana Herbalife membantu saya menurunkan berat badan

Pengalaman berpuasa dengan Herbalife tahun ini sambil menyusukan anak sepenuhnya memang mencabar. Bukan senang untuk seorang ibu memastikan anak mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya terutama dalam peringkat 6 bulan pertama,  kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi. Agama Islam juga memberikan keringanan kepada ibu yang menyusukan anak daripada berpuasa.

Seorang ibu menyusukan anak sepenuhnya selalu risau  dengan masalah kekurangan susu. Ini terjadi terutamanya bagi ibu yang bekerja dan perlu mengepam untuk menyimpan stok ketika bayi ditinggalkan dengan pengasuh. Saya bersyukur kerana dengan bayi yang baru lahir ini saya dapat menjaga sepenuhnya setelah mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, saya faham dengan perasaan ibu-ibu lain yang terpaksa pergi ke pejabat dan berjauhan dengan bayi. Puasa ataupun tidak, mereka masih perlu menyimpan stok seperti biasa bagi memastikan bayi mendapat bekalan secukupnya.

Apa yang penting, semua perkara penting yang perlu diamalkan oleh ibu perlu diteruskan di bulan puasa ini. Semua ibu yang menyusukan anak sepenuhnya perlu makan makanan sihat dan seimbang bagi memastikan bayi mendapat khasiat yang mencukupi dalam susu ibu. Ibu juga perlu minum air secukupnya. Amalan ini perlu diteruskan walaupun dalam bulan puasa.

Shake Herbalife sangat sesuai sebagai makanan sihat untuk ibu menyusukan anak terutama di bulan puasa. Ini kerana shake Herbalife mengandungi semua nutrien yang mencukupi sebagai hidangan lengkap untuk ibu, dan juga untuk diberikan kepada bayi melalui susu ibu. Ibu juga boleh mencampurkan shake dengan oat untuk menambah bekalan susu badan. Selain itu juga shake boleh dicampurkan dengan susu segar untuk menghasilkan hidangan yang lazat dan berkhasiat, yang turut membantu dari segi kuantiti susu ibu.

Saya nak dapatkan shake Herbalife sekarang!

Oleh sebab itu, berdasarkan pengalaman saya, berpuasa dengan Herbalife sangat membantu kepada semua terutama ibu yang menyusukan anak. Shake Herbalife sangat sesuai diambil sebagai hidangan waktu sahur dan berbuka dan membantu ibu menjadi lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari berpuasa.  Walaupun turunkan berat badan mungkin bukan fokus utama untuk ibu, dengan mengambil shake Herbalife di bulan Ramadhan dapat memberikan bonus kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Dari segi pengambilan air, ibu perlu mengambil kuantiti air yang sama seperti hari biasa iaitu antara 3-4L sehari atau lebih . Minum air secukupnya selepas waktu berbuka sehinggalah pada waktu sahur.

Selain itu, ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup . Tenangkan diri dan elakkan daripada stress atau risau kerana ini juga akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa berdoa semoga Allah memudahkan kita supaya dapat berpuasa penuh walaupun menyusukan anak.

Jika anda ingin mencuba produk Herbalife di bulan puasa atau nak beli Herbalife secara online , email ke aziera[at]azierayazid.com atau SMS/Whatsapp ke 017-9360797.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.