Senarai harga produk Herbalife untuk dijual, RM1 sahaja

Ingin dapatkan senarai harga produk Herbalife dengan bayaran RM1? Kenapa perlu bayar?

Usah terkejut jika saya katakan yang saya akan mula mengenakan bayaran RM1 bagi sesiapa yang ingin dapatkan senarai harga produk Herbalife. Walau bagaimanapun, bayaran ini akan saya kenakan hanya kepada sesiapa yang sudah mendaftar ahli dengan Herbalife, dan bukan yang mendaftar di bawah kumpulan Aziera Yazid.

->> Hubungi saya untuk dapatkan senarai harga Herbalife secara percuma jika anda belum pernah mendaftar sebagai ahli dengan Herbalife

senarai-harga-produk-herbalife

Kenapa saya ingin kenakan bayaran RM1 untuk senarai harga produk Herbalife?

Kerana saya menerima terlalu banyak permintaan daripada pengedar-pengedar Herbalife yang lain, yang menghubungi saya untuk mendapatkannya. Walaupun sebenarnya senarai harga produk Herbalife ini adalah percuma, mereka masih memerlukan bantuan saya untuk mendapatkannya.

Agak menghairankan juga kerana sebagai Pengedar Herbalife sama seperti saya, mereka mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan senarai harga produk Herbalife tersebut iaitu:-

Cara 1 : Download daripada laman web Herbalife menggunakan ID masing-masing, atau

Cara 2: Dapatkan daripada Coach Herbalife atau penaja masing-masing.

Akhirnya, saya dapati kebanyakan yang menghubungi saya mempunyai beberapa sebab mengapa mereka tidak dapat menggunakan kedua-dua cara di atas untuk dapat senarai harga Herbalife seperti yang mereka inginkan. Sebab utama ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya daripada Herbalife sendiri, dan mereka juga tidak dapat merujuk dengan Coach masing-masing untuk mendapatkan senarai harga tersebut.

Berikut ialah antara beberapa alasan yang diberikan apabila ditanya mengapa mereka tidak dapat rujuk dengan Coach masing-masing:-

Sebab #1: “Coach terlalu sibuk menghadiri latihan Herbalife dan tidak dapat berikan bantuan yang saya perlukan.”

Sebab #2: “Coach saya sudah tidak aktif dalam Herbalife dan saya sudah tidak mempunyai rujukan lain.”

Sebab #3: “Coach saya di kampung, saya sukar untuk menghubunginya. Lebih mudah bagi saya untuk menghubungi Puan.”

Ramai juga yang mendiamkan diri tanpa menjawab sebarang pertanyaan saya, ataupun sekadar untuk mengucapkan terima kasih selepas mendapat senarai harga yang mereka perlukan.

Sebenarnya, bukanlah tujuan saya untuk membuat keuntungan atau untuk menyusahkan mana-mana pihak dengan menyatakan hasrat untuk meletakkan harga RM1 bagi setiap senarai harga produk Herbalife yang saya berikan kepada pengedar Herbalife yang lain, yang bukan berada di bawah kumpulan saya. Ini semuanya gurauan semata-mata. Secara ikhlasnya, saya tetap memberikan senarai harga tersebut secara percuma.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difikirkan dan perlu diambil kira, terutama bagi mereka yang masih belum memilih Coach Herbalife, atau belum mendaftar dengan mana-mana Pengedar Herbalife. Antaranya:-

  • Pilih Coach Herbalife yang sentiasa mengutamakan anda dan bersedia meluangkan masa untuk menjawab segala persoalan,  dan memberikan bantuan yang anda perlukan. Walaupun kadang-kala sibuk menghadiri latihan ataupun sedang bercuti, masih terdapat banyak cara yang boleh dilaksanakan untuk membantu seorang Coachee yang memerlukan perhatian.
  • Pilih seorang Coach yang sudah berpengalaman, dan serius dalam menjalankan perniagaan Herbalife. Ini dapat memastikan dia sentiasa ada bersama-sama dengan  kita  dalam perjalanan menggunakan produk Herbalife, atau menjalankan perniagaan Herbalife.
  • Pilih seorang Coach yang boleh dihubungi 24 jam sehari sama ada melalui telefon,SMS, email, online dan lain-lain medium komunikasi yang lain. Coach anda mungkin mengambil masa untuk membalas jika sedang ‘engaged’ dengan aktiviti lain, tetapi dia akan membalasnya sebaik sahaja mempunyai peluang.
  • Pilih seorang Coach yang kita selesa untuk hubungi dan nyatakan sebarang soalan dan masalah tanpa rasa segan silu atau takut.

Oleh itu, jangan terkejut jika saya minta RM1 untuk senarai harga produk Herbalife kerana ini gurauan semata-mata. Pastikan anda memilih Coach Herbalife yang tepat untuk anda sebelum terlambat.

Hubungi saya untuk lantik saya sebagai Coach Herbalife anda dan memulakan program dengan menggunakan produk Herbalife.

 

 

 

 

 

One thought on “Senarai harga produk Herbalife untuk dijual, RM1 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published.