Menurunkan berat badan tanpa meninggalkan nasi

Boleh jadi ke menurunkan berat badan tanpa meninggalkan nasi?

menurunkan-berat-badan-nasi

Saya kerap menerima pertanyaan ini melalui email, SMS atau pun secara bersemuka yang bertanya, boleh ke produk Herbalife menurunkan berat badan, tetapi masih boleh makan nasi?

Jawapan saya, dengan produk Herbalife tentulah boleh. Malah, bukan sahaja nasi, kita dapat terus makan makanan kegemaran kita seperti biasa tanpa perlu meninggalkannya. Kurus dengan Herbalife tidak perlu berpantang sebarang makanan dan minuman.

Tetapi, ada syaratnya….

Jika kita ingin menurunkan berat badan, pastikan kita gantikan dua waktu makan kita, atau lebih dengan shake Herbalife, dan satu waktu makan lagi kita boleh makan apa sahaja yang menjadi makanan kegemaran kita. Jika kita suka makan nasi, inilah masa paling sesuai untuk kita makan nasi. Kita boleh pilih untuk menikmati makan tengahari dengan nasi dan lauk pauk yang lazat supaya kita tidak rasa rugi, atau kehilangan nikmat menikmati makanan kegemaran kita.

Pastikan makanan biasa yang kita makan itu adalah dalam kuantiti hidangan penuh. Jika hidangan itu menu sihat dan seimbang adalah lebih baik, kerana ini akan membantu mempercepatkan proses menurunkan berat badan jika kita pilih hidangan yang kurang berminyak dan berlemak. Jangan makan terlalu sedikit, kerana ini akan menyebabkan pengambilan kalori terlalu rendah, dan kita akan rasa tidak puas atau cepat lapar selepas beberapa ketika. Seeloknya minum Teh Herbalife atau TC Formula selepas kita menikmati makanan dan hidangan biasa ini supaya pembakaran lemak berlaku lebih cepat.

–> Ketahui produk Herbalife yang sesuai untuk anda turunkan berat badan dengan mendapatkan analisa kesihatan secara percuma

Ada sesetengah orang sering melakukan kesilapan dengan meninggalkan nasi, tetapi menggantikan hidangan mereka dengan makanan kurang khasiat yang lain. Ada Coachee saya apabila ditanya jadual pemakanannya memberitahu dia meninggalkan nasi, tetapi dia suka mengunyah makanan lain seperti kuih-muih atau keropok. Akibatnya dia rasa tidak puas makan, dan berat mungkin susah turun kerana tanpa disedari jumlah kalori dalam makanan ringan yang diambil melebihi daripada kalori sepinggan nasi! Bukankah ini satu perbuatan yang merugikan? Sepatutnya lebih baik dia mengambil hidangan penuh yang lebih menyelerakan dan memuaskan hati.Alhamdulillah setelah sesi follow up dijalankan, dia dapat menyesuaikan diri dengan mengambil makanan pada waktu sepatutnya, dan menikmati nasi seperti orang lain.

Diet Herbalife sebenarnya amat mudah. Tidak perlu berlapar, dan tidak perlu bersusah payah memilih makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan. Untuk menurunkan berat badan menggunakan produk Herbalife juga tidak perlu mengira semua kalori yang masuk ke dalam mulut kita. Cukuplah sekadar ikut aturan pemakanan dan sukatan yang disediakan oleh Coach Herbalife, minum banyak air kosong, dan melakukan sedikit aktiviti atau senaman ringan, seseorang itu akan mendapat kesan Herbalife yang sangat menakjubkan.

Oleh itu, jika anda ingin memulakan program menurunkan berat badan sekarang dengan menggunakan produk Herbalife, tanpa perlu meninggalkan nasi, boleh hubungi saya di email aziera[at]azierayazid.com atau SMS/Whatsapp ke nombor 0179360797.

P.S. Download ebook saya untuk ketahui bagaimana saya turun 18kg  tanpa perlu meninggalkan nasi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.