Susu Herbalife

susu-herbalifeMacam mana nak dapatkan susu Herbalife?

Saya mendapat banyak email dan panggilan telefon bertanyakan mengenai susu Herbalife, seperti contoh di atas.

Ramai orang beranggapan Produk Herbalife merupakan sejenis susu. Ini menyebabkan orang yang sukar minum susu atau pun jenis lactose-intolerance takut untuk mencuba minuman shake Herbalife. Kebanyakannya akan rasa risau jika mereka tidak dapat menghabiskannya, sudahlah Herbalife tiada dalam sample pack.

Sebenarnya susu Herbalife bukanlah produk Herbalife. Produk Herbalife terdiri daripada shake Herbalife, beberapa jenis teh Herbalife dan juga suplemen lain dalam bentuk tablet seperti calcium, fish oil dan lain-lain lagi.

Susu Herbalife yang dimaksudkan biasanya merujuk kepada shake Herbalife. Shake Herbalife boleh terdiri daripada produk Formula 1 (F1) sahaja, ataupun yang dicampur dengan Whey Protein iaitu Formula 3 (F3). Untuk menghasilkan shake Herbalife, F1 dan F3 boleh dicampur dengan susu jika mahu, tetapi bagi mereka yang memang tidak suka minum susu, tidak perlu bimbang. Shake Herbalife boleh dihasilkan dengan mencampur dengan sekurang-kurangnya air kosong sahaja, ataupun minuman lain mengikut kegemaran.

Kepada mereka yang takut untuk minum susu Herbalife, jangan risau kerana shake Herbalife mempunyai lima perisa yang sedap, dan anda boleh menghasilkan shake Herbalife yang tidak mempunyai ciri-ciri rasa susu langsung. Sebagai seorang Coach Herbalife yang sudah menggunakan produk Herbalife selama lebih 4 tahun dan minum semua perisa shake, saya akan dapat bantu cadangkan pilihan perisa yang betul-betul sesuai bagi seseorang yang baru ingin memulakan pengambilan produk Herbalife. Cadangan saya adalah berdasarkan kepada pilihan minuman kegemaran masing-masing.

P.S. Sebagai coach yang berpengalaman, saya boleh bantu anda mulakan program turunkan berat badan hanya dengan shake Herbalife sahaja.

Untuk pengetahuan, F1 dan F3 dihasilkan hanya daripada unsur tumbuh-tumbuhan dan herba organik dan tiada unsur-unsur lemak haiwan. Sebab itulah bagi mereka yang mempunyai masalah lactose-intolerance tidak perlu risau kerana shake Herbalife memang sesuai untuk mereka.

Selain daripada untuk kesihatan, susu Herbalife, yang juga dikenali sebagai shake Herbalife boleh membantu dalam pengurusan berat badan. Oleh itu, jika anda ingin mengambil shake Herbalife sekarang, pastikan anda kenalpasti aturan dan sukatan yang betul dan sesuai untuk anda, berdasarkan kepada kesan yang diinginkan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan susu Herbalife daripada saya , atau jika anda ingin tahu sama ada susu Herbalife betul-betul sesuai untuk anda, boleh hubungi saya sekarang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.