Faedah dan kelebihan daftar ahli Herbalife

Ketahui kenapa anda perlu daftar ahli Herbalife dan langkah-langkah untuk jadi ahli Herbalife

Apakah maksud daftar ahli Herbalife?

Daftar ahli Herbalife sebenarnya ialah pendaftaran sebagai seorang Ahli Herbalife untuk menikmati semua kelebihan sebagai seorang ahli syarikat Herbalife.

daftar-ahli-herbalife

Berapakan bayaran untuk daftar ahli Herbalife dan apa yang akan saya dapat dengan bayaran itu?

Bayaran untuk mendaftar sebagai ahli akan dikenakan.  Dengan bayaran, anda akan mendapat beg keahlian yang mengandungi segala maklumat dan dokumen perniagaan dan produk Herbalife. Secara automatik anda akan menjadi seorang ahli Herbalife yang layak mengedarkan produk ke semua negara di dunia yang mempunyai pejabat Herbalife, iaitu lebih dari 90 buah negara semuanya. Pendaftaran Herbalife ialah untuk seumur hidup dan anda hanya perlu memperbaharui keahlian setiap tahun untuk kekal sebagai ahli yang aktif.

Dengan mendaftar sebagai ahli juga, anda secara automatik layak untuk menikmati produk Herbalife dengan harga ahli, tertakluk kepada jumlah dan syarat-syarat pembelian.

->> Email saya jika anda sudah bersedia mendapatkan produk Herbalife dan mendaftar sebagai ahli Herbalife.

Adakah saya wajib melakukan perniagaan Herbalife, atau terpaksa mencari orang selepas daftar ahli Herbalife?

Jawapannya ialah, Tidak. Anda mempunyai pilihan untuk membeli produk hanya untuk diri sendiri sahaja dan untuk keperluan keluarga. Anda juga tidak perlu mencari orang atau pelanggan selepas mendaftar sebagai ahli.
Walau bagaimanapun, jika anda sudah mendapat kesan yang ketara dengan penggunaan produk Herbalife, seseorang yang lain mungkin memerlukan bantuan daripada anda untuk mendapat kesan yang sama seperti anda. Pada masa ini, sebagai Ahli Herbalife, anda boleh bantu dia untuk mendapatkan produk Herbalife. Ada kemungkinan juga orang yang anda sudah bantu mungkin ingin melakukan perniagaan Herbalife secara serius, dan secara langsung anda akan mendapat kebaikan dan faedah daripada orang yang sudah anda bantu itu.

Bagaimana cara untuk daftar ahli Herbalife?

Anda boleh mendaftar dengan mana-mana Ahli Herbalife berlesen, untuk menjadi ahli di bawah kumpulan mereka. Pengedar ini akan menjadi penaja dan Coach untuk bantu anda dapatkan produk, dan hasil terbaik daripada produk yang anda beli melalui Coach anda. Oleh sebab itu, pemilihan Coach adalah amat penting supaya anda mendapat maklumat lengkap mengenai produk dan perniagaan Herbalife. Anda patut pilih seorang Coach yang berpengalaman, dan sudah membantu ramai orang lain mendapat testimoni produk yang berkesan dengan Herbalife.

Kenapa daftar ahli Herbalife dengan Aziera Yazid?

Kerana saya sendiri sudah menggunakan produk Herbalife selama lebih daripada 4 tahun untuk menurunkan berat badan dan juga mengekalkannya. Saya masih terus menggunakan produk Herbalife sepanjang masa saya mengandung dan juga dalam tempoh berpantang. Semua ahli keluarga saya juga menggunakan produk Herbalife, dan mendapat hasil terbaik daripada produk ini.

Saya juga telah membantu ramai orang menurunkan berat badan dan mendapat kesihatan dan tenaga yang berkekalan dengan produk ini. Tersenarai dalam anugerah Top Volume Producer seluruh Malaysia untuk 2 tahun berturut-turut, telah membuktikan betapa ramai orang yang telah saya bantu setiap hari untuk mendapat faedah daripada produk ini.

Hubungi saya sekarang untuk melantik saya sebagai Coach anda dan mendaftar sebagai ahli Herbalife.

Leave a Reply

Your email address will not be published.