Beli Herbalife Online

Kenapa beli Herbalife Online?

Saya masih teringat lagi waktu saya ingin mendapatkan produk Herbalife 4 tahun yang lalu. Waktu itu, nama Herbalife masih belum lagi popular seperti sekarang. Saya dapatkan maklumat pun dari internet sahaja. Tidak seperti sekarang ni, nama Herbalife sudah di merata-rata seperti Billboard dan dalam majalah.

Saya sebenarnya mengambil masa hamper 6 bulan membaca dalam internet mengenai produk ini. Pada masa itu saya dalam keadaan desperate untuk menurunkan berat badan, disebabkan saya tiada tenaga untuk menguruskan rumah tangga dan juga tumit dan kaki yang sakit akibat berat berlebihan. Saya tidak berani untuk mencuba produk pelangsingan dalam pasaran kerana ketika itu masih lagi menyusukan anak kedua. Saya mencari-cari cara untuk beli Herbalife Online dalam Internet tetapi tidak menemui orang yang betul-betul sesuai dan boleh dipercayai.

Akhirnya, saya mendapat produk Herbalife pertama melalui pembelian dengan harga retail melalui rakan sekerja. Walaupun sudah mendapat produk, saya tidak mendapat sebarang tunjuk ajar dan panduan tentang cara-cara mengambil produk ini dengan betul. Saya juga ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Herbalife seperti maklumat syarikat, keahlian dan lain-lain, tetapi rakan saya tidak dapat memberikan maklumat yang diperlukan. Jawapannya sekadar, “Ikut aje apa yang ditulis pada botol F1 tu”.

Oleh kerana saya tidak mendapat maklumat yang diperlukan, saya terpaksa mencari-cara lagi info dalam Intenet. Walaupun sudah ada produk, saya masih tidak tahu cara menggunakannya. Betul ke Herbalife berkesan? Betul ke Herbalife boleh bantu saya turunkan berat badan? Apakah kesan Herbalife yang mungkin saya alami ketika ambil produk ini? Bermacam-macam soalan bermain dalam fikiran.

Setelah puasa saya mencari jawapan melalui Internet, dengan izin Allah, saya dapat bertemu dengan seseorang yang boleh memberikan semua jawapan yang saya perlukan mengenai produk Herbalife. Saya sangat beruntung kerana bertemu dengan Coach saya, Stella.

Mula mengenali Stella melalui blog dan forum yang dikendalikannya, saya sangat gembira kerana mendapat pelbagai maklumat dari situ. Akhirnya saya menghubungi Stella untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Herbalife, dan walaupun saya masih belum membeli produk daripadanya, saya memperolehi semua jawapan yang saya perlukan daripada dia. Saya telah mengambil keputusan untuk melantik Stella sebagai Coach, dan beli Herbalife Online daripada dia.

Walaupun pada masa ini saya tidak pernah bersua muka dengan Coach saya, hanya menghubunginya melalui email, SMS dan Yahoo Messenger sahaja.  Alhamdulillah, hasil daripada tunjuk ajar, dan panduan yang diberikan oleh Coach saya, saya dapat turun  18kg berat badan. Kisah lanjut boleh baca dengan download ebook saya.

Beli Herbalife online atau tidak?

Sebenarnya, semua orang mempunyai pilihan untuk beli Herbalife online, atau melalui cara lain.

Jika anda bukan seorang pengedar Herbalife, anda boleh  beli Herbalife daripada mana-mana pengedar Herbalife yang mendaftar dengan harga runcit. Pastikan anda sudah melihat senarai harga Herbalife terlebih dahulu, sebelum anda membeli produk yang anda inginkan

Bagi sesiapa yang sudah mendaftar dengan Herbalife pula, mereka boleh beli Herbalife direct dengan pejabat Herbalife yang kini terdapat di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah. Anda boleh pilih untuk beli herbalife online melalui system pesanan yang disediakan oleh syarikat Herbalife, atau secara pickup di kaunter Herbalife.

Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli produk Herbalife ialah, anda mempunyai seorang Coach yang akan membantu anda menggunakan produk Herbalife dengan cara yang betul.

Apa yang ingin saya tekankan ialah, walau di mana pun Coach herbalife kita berada, semuanya terpulang pada kita, sama ada kita akan mendapat result atau pun tidak dengan produk ini.

Saya masih teringat kata-kata seorang rakan Herbalife, walaupun Coach berada di sebelah kita sepanjang masa, jika kita tidak ikut menu yang yang disediakan dan tidak berdisiplin untuk mengambil produk ini, kita tetap tidak akan result yang diinginkan.

Faktor-faktor penting untuk berjaya turunkan berat badan dengan Herbalife ialah

  1. Mempunyai produk yang sesuai dengan hasil yang diinginkan
  2. Mempunyai seorang Coach untuk memberi panduan mengunakan produk dengan cara yang betul
  3. Serius dan berdisiplin mengikut aturan dan panduan yang disediakan oleh Coach
  4. Sentiasa berhubung dengan Coach Herbalife anda jika terdapat sebarang soalan dan kemuyskilan atau masalah berkaitan poroduk Herbalife

Faktor-faktor lain yang meyumbang kepada penurunan berat badan yang efektif termasuklah, minum air secukupnya seperti yang disarankan oleh Coach Herbalife, cukup tidur, elakkan stress, dapatkan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan, dan lain-lain lagi.

Sekali lagi, semuanya bergantung kepada usaha dan komitmen diri sendiri. Hanya kita yang dapat mengawal dan menentukan apa yang kita mahu dalam hidup kita.

Cara beli Herbalife Online

Jika anda sudah mendaftar dengan Herbalife, anda boleh beli Herbalife online dengan login ke sistem Herbalife di http://my.myherbalife.com

Jika anda bukan seorang pengedar Herbalife, dan ingin dapatkan beli Herbalife online dan dapatkan coaching dari saya secara online, boleh email ke aziera@azierayazid.com atau SMS/Whatapps ke 017-936 0797. Anda juga boleh hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga Herbalife atau request untuk analisa kesihatan ringkas bagi mengetahui produk Herbalife yang sesuai untuk anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.