Turun berat badan- apa yang anda cari?

Semasa berat saya melebihi daripada 90 kilogram dan berada dalam tahap obes, saya sering tercari-cari program mana yang sesuai untuk bantu saya turunkan berat badan dengan cara yang paling efektif.  Saya sudah cuba untuk diet sendiri tetapi tidak berjaya, jadi saya percaya yang saya perlu memlih salah satu program supaya saya dapat turunkan berat.

Pada masa itu, saya tahu memang terdapat banyak produk di pasaran, dan saya juga boleh memilih untuk pergi ke mana-mana pusat rawatan pelansingan badan untuk bantu saya turunkan berat. Tetapi, ada banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya dalam usaha memilih cara menurunkan berat badan paling sesuai dengan saya.

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak kisah untuk mengikuti mana-mana program pelangsingan badan asalkan mereka dapat turun berat dengan cepat. Tetapi bagi diri saya, saya perlukan lebih dari enam bulan untuk mencari dan mengkaji setiap jenis penyelesaian penurunan berat badan, sehinggalah saya bertemu dengan Herbalife.

Herbalife pilihan saya untuk turun berat badan

Bagi saya hanya Herbalife sahaja pilihan paling baik untuk saya cuba pada masa itu. Syukurlah, akhirnya dengan produk Herbalife ini saya berjaya turun 18kg.

Jadi, apakah sebenarnya yang anda perlu cari semasa memilih program untuk menurunkan berat badan? Ada 2 cara iaitu, selamat dan penurunan yang sihat.

1. Selamat

Diet yang selamat ialah diet yang masih mementingkan pengambilan semua keperluan nutrien harian iaitu vitamin, mineral dan protein.Diet yang dipilih perlu rendah kalori sahaja tapi bukan rendah nutrien. Diet yang sihat sepatutnya membekalkan jumlah 1,00 hingga 1,200 kalori sehari untuk wanita, dan 1,600 kalori sehari untuk lelaki. Seelok-eloknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sekiranya anda menghadapi sebarang masalah kesihatan.

2. Penurunan yang sihat

Program yang dipilih sepatutnya menghasilkan kadar penurunan yang perlahan dan stabil (slow and steady), kecuali atas arahan doktor sahaja anda perlu turun berat dengan kadar segera. Anda patut menjangkakan penurunan sebanyak 1 paun (0.5 kg) seminggu, atau turun sebanyak 1 paun selepas minggu pertama atau kedua anda berdiet.

Pastikan program penurunan berat badan tersebut menyediakan jawapan kepada semua soalan di bawah:-

1. Adakah anda akan mendapat sebarang panduan atau bantuan semasa menjalani program tersebut?
2. Adakah makanan yang dibenarkan semasa berdiet sedap dan sesuai?
3. Berapa ramai orang yang telah mengunakan program ini?
4. Apakah hasil penurununan kebanyakan orang yang menggunakan program ini?
5. Adakah sejenis program mengekalkan berat badan selepas berat diturunkan?
6. Adakah anda sudah mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, atau perlu turun lebih daripada 15 atau 20kg?
7. Adakah anda sudah faham tentang kesan tindakbalas yang mungkin dialami yang berkaitan dengan tahap kesihatan anda sekarang?
Nasihat saya, sebelum anda memilih program diet pastikan program tersebut mempunyai pelan untuk mengekalkan berat. Program yang dipilih sepatutnya menekankan anda mengubah tabiat pemakanan anda, meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam, dan mengubah cara hidup yang telah anda amalkan dahulu sehingga menyebabkan berat anda naik. Masalah berat badan adalah masalah jangka masa pendek yang boleh diperbaiki dalam masa beberapa bulan, dengan diet yang ketat. Tetapi, kawalan berat badan sebenarnya adalah satu usaha berterusan yang perlu dikekalkan selama kita masih hidup di dunia ini.

Untuk penyelesaian yang sihat dan selamat, pilihlah program yang mencadangkan penyelesaian jangka masa panjang, jika tidak ia akan merugikan sahaja duit dan tenaga anda.

Anda boleh email saya untuk mengetahui sama ada produk Herbalife memenuhi segala kriteria di atas, atau download ebook saya untuk mengetahui bagaimana saya turun berat badan dan mengekalkannya hingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.