Kenapa Makanan Segera

Pada masa sekarang, kebanyakan orang sangat sibuk dalam kehidupan mereka. Selalunya semua orang terpaksa melaksanakan pelbagai kerja dalam masa yang singkat.

Cuba kenalpasti beberapa senario berikut:

  • Jika anda seorang ibu dan rasa malas memasak, apakan kebarangkalian anda akan memilih untuk ke restoran makanan segera dan membuat pesanan sama ada Takeaway atau Drive-Thru?
  • Jika anda seorang yang sedang mengejar masa, terpaksa mendapatkan makanan yang sedap dan mengenyangkan, alam masa yang cepat, adakah makanan segera akan menjadi pilihan utama?

Ini adalah antara sebab mengapa ramai orang, terutama di Malaysia memilih untuk makan makanan segera atau lebih dikenali sebagai ‘Fast Food’. Kena dengan namanya, makanan ini mudah didapati, cepat disediakan dan sedap. Pada masa ini juga, restoran-restoran makanan segera mengadakan pelagai promosi yang menawarkan harga lebih murah untuk setiap hidangan. Ini menggalakkan lebih ramai orang memilih makanan segera untuk menjadikan mereka lebih cepat kenyang.

Sebagai contoh, gambar di bawah kajian yg dilakukan pada tahun 2010, untuk mengkaji pengambilan makanan segera di dunia. Malaysia menunjukkan antara peratusan yang tertinggi di mana hampir 60% makan makanan segera dengan purata sekali setiap minggu. Saya percaya, statistik untuk tahun ini tentu lebih tinggi lagi.

Selain daripada makanan segera di restoran, makanan segera yang lain juga pasti ada di dalam peti sejuk anda. Ini termasuklah pelbagai jenis nugget, daging burger, gaijo, drummet, atau lain-lain makanan segera lain yang boleh terus dimasak dalam microwave, atau digoreng, dan lain-lain lagi. Sebarang makanan yang tidak memerlukan masa penyediaan yang lama, atau cara penyediaan/memasak tradisional termasuk dalam kategori makanan segera ini.

Makan makanan segera adalah satu perbuatan yang boleh mengancam kesihatan kita, terutamanya kepada kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak dan orang dewasa yang kerap makan makanan segera akan mengambil kalori, lemak, gula, dan minuman manis secara berlebian. Mereka akan kurang mngambil fiber, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding dengan seseorang yang kurang mengambil makanan segera.

Apabila badan kekurangan buah-buahan dan sayur-sayuran, nutrien yang diperolehi daripada sumber-sumber ini akan berkurang atau tiada langsung. Badan juga tidak akan memperolehi fiber yang diperlukan. Dengan menggantikan makanan kaya nutrien dengan makanan yang diproses, tinggi bahan perisa dan bahan pengawaet, kita menukarkan badan kita menjadi seperti berikut:-

  • Menaikkan tekanan darah
  • Meninggilkan kadar kolestrol jahat (LDL)
  • Menurunkan kadar metabolisme (yang diperlukan untuk mencerna, memproses dan mengeluarkan makanan dari badan)
  • Melemahkan dayatahan/immunisasi badan
  • Menjadikan paras gula menjadi kurang stabil
  • Menurunkan keupayaan usus untuk berfungsi dengan baik

Ini akan menjurus kepada pelbagai penyakit bahaya, termasuk kenaikan berat badan dan obesiti.

Jadi, sekiranya anda adalah seseorang yang menyumbang kepada statistik di atas, ini adalah masa untuk berubah untuk memperbaiki kesihatan anda. Walaupun anda sudah menghabiskan banyak masa membekalkan makanan berbahaya kepada tubuh anda selama ini, masanya masih belum terlambat untuk berubah.Anda perlu mengurangkan atau meninggalkan terus makanan segera dari menu anda.

Bertukarlah kepada Shake Pengganti Makanan Herbalife yang lebih sihat, rendah kalori dan mengenyangkan. Shake ini sangat mundah disediakan terutama bagi mereka yang sibuk dan tidak sempat mengambil makanan tradisional yang sihat dan seimbang setiap hari. Shake ini juga akan memberikan anda kesan yang terbaik untuk kesihatan dan dalam masa yang sama boleh mengawal atau menurunkan berat badan.

Saya sendiri telah berjaya menurunkan berat badan yang banyak dan kekal sihat sehingga kini dengan mengambil shake ini setiap hari. Anda boleh download ebook saya untuk mengetahui kisah saya.

Hubungi saya sekiranya anda berminat mendapatkan Makanan Segera yang sihat ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.