Herbalife Coach : Coach Turun Berat Badan

Apakah maksud Coach?

Menurut kamus Webster, coach bermaksud “one who instructs or trains”,

Dalam bahasa Melayu, maksud coach sebenarnya ialah jurulatih.

Menurut Kamus Dewan, Jurulatih bermaksud “orang yg melatih orang lain (spt ahli sukan dll) supaya mahir”;

 

Siapakah Coach anda?

Coaching, atau dalam bahasa Melayu ialah melatih bermaksud perbuatan oleh memberi sokongan kepada individu, yang dikenali sebagai coachee atau klien, melalui sesuatu proses untuk mencapai tujuan tertentu sama ada peribadi atau professional.

Struktur melatih adalah sangat banyak tetapi secara keseluruhannya ialah melalui “facilitating” atau kaedah yang memudahkan yang bersesuaian, sama ada dengan bertanyakan banyak soalan dan mencabar coachee. Coaching adalah berbeza dengan memberi terapi atau kaunseling.

Coaching dan mentoring adalah proses yang membolehkan individu atau klien mencapai potensi yang terbaik.

Apakah maksud Coach/Jurulatih Pengurusan Berat Badan?

Seorang Weight Management Coach, atau Jurulatih Pengurusan Berat Badan adalah individu yang akan membantu seorang individu menguruskan berat badan, sama ada dengan cara menurunkan berat, menambah berat atau mengekalkan berat badan. Sebagai seorang Coach, dia bertanggungjawab dalam memberikan panduan yang diperlukan bagi klien/ ahli mencapai matlamat yang diinginkan. Seorang Coach juga perlu memberi nasihat dan memperbetulkan kaedah/cara seseorang individu dalam mencapai berat badan yang diinginkan, sekiranya perlu. Seorang Coach yang baik akan sentiasa berada dengan klien/ahlinya dan tidak akan meninggalkan mereka terkapai-kapai sendiri dalam mencari jawapan yang diperlukan.

 

Apakah tanggungjawab seorang Coachee/ klien?

Seorang coachee/klien bertanggungjawab mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Coach dengan mengikutinya sebaik mungkin. Coachee juga perlu mendapatkan nasihat daripada Coach sekiranya menghadapi kesukaran dalam mengikuti garis panduan yang telah diberikan oleh Coach masing-masing. Coachee sepatutnya sentiasa bersedia mendapatkan nasihat daripada Coach pada bila-bila masa tanpa alasa, kerana seorang Coach bertanggungjawab membimbing kliennya. Tanpa maklumbalas atau soalan daripada Coachee, adalah sukar bagi seorang Coach membantu Coachee/klien mencapai sasaran yang diinginkan.

Apakah peranan saya sebagai seorang Coach?

Sebagai seorang Coach Pengurusan Berat Badan, saya bertanggungjawab memberikan panduan kepada ahli/klien yang telah melantik saya sebagai coach mereka, untuk memberikan panduan dalam menguruskan berat badan. Saya akan berikan menu lengkap, bimbingan dan sokongan, dan juga menjawab semua kemusykilan yang ditimbulkan oleh mana-mana ahli/klien saya. Saya juga berharap ahli/coachee saya akan sentiasa memberikan maklumbalas mengenai menu yang diberikan, masalah mereka dalam mengikuti panduan saya dan menanyakan sebarang soalan yang muncul dalam fikiran.

 

Adakah saya coach yang sesuai untuk anda?

Mungkin. Anda boleh hubungi saya untuk mengenali saya dengan lebih dekat. Anda juga boleh baca Testimoni Herbalife orang lain yang telah berjaya menguruskan berat badan mereka menggunakan panduan yang telah saya berikan.

 

Bagaimana melantik saya sebagai Coach anda?

Anda boleh mendapat Coaching percuma dengan pembelian produk daripada saya. Anda mempunyai pilihan untuk daftar ahli Herbalife. Hubungi saya melalui email aziera[at]azierayazid.com sekiranya anda sudah bersedia mendapatkan produk Herbalife dan saya bersedia menjadi Coach anda untuk menguruskan berat badan menggunakan produk Herbalife.

Leave a Reply

Your email address will not be published.