Menu sarapan sihat untuk kawal berat badan

Menu sarapan sihat untuk kawal berat badan

menu-sarapan-sihat

 

Anda sedang mengawal berat badan?

 

Atau, anda sedang berusaha untuk turunkan berat badan?

 

Bagaimana sarapan anda pagi ini? Apakah yang anda makan untuk sarapan? Pukul berapa anda makan sarapan pagi anda itu?

 

Tahukan anda bahawa sarapan pagi dan berat badan sangat berkait rapat?

Ya, kerana itulah anda perlu pilih menu sarapan sihat jika anda sedang mengawal berat badan atau pun masih lagi cuba untuk menurunkan berat badan

Adakah anda seorang yang selalu mengambil  sarapan pada awal pagi, ataupun seseorang yang suka makan sarapan lebih lewat? Mungkin anda suka campurkan terus sarapan dengan makan tengahari, atau lebih dikenali sebagai ‘brunch’?

Saya sendiri ialah seorang yang perlu ambil sarapan awal pagi setiap hari. Pendek kata, buka sahaja mata mesti nak cari makanan. Ada juga jenis orang yang tidak suka makan apa-apa awal pagi. Katanya sarapan terlalu awal akan menyebabkan mereka sakit perut atau rasa tidak selesa.

Ada juga yang memilih untuk meninggalkan sarapan dengan alasan ingin menurunkan berat badan. Tidak makan sarapan sebenarnya satu tabiat yang kurang baik. Mengambil sarapan pagi mempunyai banyak kebaikan jangkamasa panjang. Menu sarapan sihat dapat mengurangkan obesiti, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan diabetes. Sarapan juga akan mengelakkan daripada anda mengambil makanan secara berlebihan pada waktu tengahari dan makan malam.

Mengambil sarapan awal pagi merupakan satu tabiat yang baik jika anda sedang cuba mengawal atau menurunkan berat badan. Kajian mendapati bahawa mereka yang selalu mengambil sarapan akan dapat mengekalkan dan menurunkan berat dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana kebanyakan mereka memilih menu sarapan sihat yang mempunyai vitamin dan mineral penting untuk badan dan membantu pengurusan berat badan.

Perkataan ‘breakfast’ itu sendiri bermaksud berbuka puasa. Ini kerana ketika tidur, badan kita seolah-olah berpuasa. Jadi, waktu bangun dari tidur, perkara paling utama yang diperlukan oleh sel-sel badan ialah zat dan  nutrien. Kita perlu memilih menu sarapan sihat untuk mendapat nutrisi yang  diperlukan oleh badan kita supaya sel badan dapat melaksanakan tugas dengan baik sepanjang hari. Waktu sarapan yang terbaik ialah dalam masa 2 jam selepas bangun dari tidur.

Penyediaan menu sarapan sihat tidak semestinya menyusahkan. Walaupun sibuk, anda tidak patut meninggalkan sarapan. Anda  boleh memilih shake Herbalife sebagai satu pilihan menu sarapan sihat yang mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh manusia sepanjang hari. Shake Herbalife juga sangat mudah disediakan dan mengambil masa tidak sampai 5 minit!

Kelebihan menu sarapan sihat

Sarapan yang terbaik untuk dipilih oleh seseorang yang sedang mengawal berat badan ialah makanan jenis seimbang berasaskan protein. Protein dapat memberikan rasa kenyang lebih lama dan juga mengekalkan tenaga.

Kajian mendapati bahawa sesiapa yang menambahkan protein ke dalam sarapan akan rasa lebih kenyang dan puas, dan mengambil kalori yang lebih rendah, berbanding dengan mereka yang mengambil sarapan berasaskan karbohidrat semata-mata. Dengan mengambil lebih protein dalam sarapan dan membantu anda mengawal berat badan.

Cuba bandingkan jika anda mengambil sarapan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi lemak atau roti canai. Bukankah anda rasa cepat penat dan mengantuk sekitar jam 11 pagi? Ataupun mungkin anda sudah rasa lapar semula dan tidak sabar untuk ambil makan tengahari.

Salah satu contoh sarapan pagi yang penuh nutrisi berasaskan protein ialah shake Herbalife. Shake Herbalfife bukan sahaja rendah kalori, tetapi juga rendah gula dan membantu anda mengawal rasa lapar dan juga membantu mengekalkan rasa bertenaga sepanjang hari.

Shake Herbalife merupakan menu sarapan sihat saya setiap hari

Saya sendiri telah memilih shake Herbalife sebagai menu sarapan sihat setiap hari sejak 6 tahun yang lalu. Selepas berjaya menurunkan berat badan dari 92kg kepada 74kg dengan menggantikan sarapan pagi dengan shake Herbalife, saya terus mengambil keputusan untuk mengambil shake Herbalife setiap hari.

Adakah saya rasa jemu bersarapan dengan shake setiap hari?

Sudah tentu tidak kerana shake Herbalife mempunyai 5 perisa yang sedap, dan anda juga mempunyai pilihan untuk membancuh shake Herbalife dengan jus, soya, susu atau blend dengan ais dan buah-buahan. Menyeronokkkan, bukan?

Hanya dengan menggantikan sarapan saya dengan shake Herbalife yang mengandungi Formula 1 dan Formula 3, saya dapat mengekalkan berat badan saya walalupun selepas lebih dari 5 tahun, dan rasa lebih sihat dan bertenaga walaupun di usia 38 tahun.

Baca ebook saya untuk ketahui bagaimana Herbalife membantu saya menurunkan berat badan.

Selain daripada itu, shake Herbalife juga sangat mudah disediakan, dan mudah dibawa ke mana-mana. Walaupun pergi bercuti ke luar negara saya masih setia membawa shake Herbalife bersama-sama. Walaupun pada hari perayaan seperti Hari Raya pun aya dan keluarga tetap minum shake sebagai sarapan untuk memastikan kami mendapat nutrisi yang secukupnya sepanjang hari.

Jadi, adakah anda masih lagi tercari-cari menu sarapan sihat yang bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga penuh nutrisi, yang dapat membantu anda mengawal berat badan dengan mudah? Adakah anda ingin tahu bagaimana nak kurus dengan sarapan sihat?

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana menggantikan sarapan pagi anda dengan shake Herbalife yang enak, dan cara mendapatkannya.

Hubungi saya sekarang : Email ke aziera[at]azierayazid.com atau hantar teks mesej ke nombor 017-9360797